Rasa Durian Musang King memang berbeza daripada durian lain

Assalamualaikum. Pertama sekali Fiza hendak mohon maaf sekiranya penulisan kali ini membuat pembaca yang menggemari durian terliur melihat gambar yang Fiza postkan. 

Alhamdulillah, musim durian tahun 2018 benar-benar meriah. Dan kalau lalu kat tepi jalan mesti ada sahaja yang menjual durian.

Setakat ini Fiza telah merasa 5 jenis durian yang dijual oleh penjual durian. Durian yang dikatakan paling mahal iaitu Durian Musang King pun Fiza dah makan. Bila musim durian, Musang King tidaklah terlalu mahal dan mampu untuk dibeli.

Sebelum masuk cerita durian Musang King, durian yang menjadi kegemaran ramai, banyak dan murah. Penjual akan jual secara longgok sahaja kalau musim telah tiba itulah durian kampung. Durian kampung kalau makan susah nak berhenti sebab isinya  tidak tebal dan makan tak jemu. 

Durian kampung juga selalunya sesuai untuk dibuat tempoyak kerana kuantitinya yang banyak, kalau dah tak elok jadi tempoyak lah durian tersebut. Rasa durian kampung manis dan isinya ada putih ada juga kuning.

Durian Kampung
Rupa bentuk isi Durian Kampung

Durian D24, rasa dan isinya seakan Musang King. Manis, sedap dan berlemak. Isinya kuning dan D24 juga pada pendapat Fiza tak jemu kalau nak makan banyak. Harga mahal sedikit daripada Durian Kampung tapi masih mampu untuk dibeli.

Durian D24, duri lebih panjang dan tajam

Isi Durian D24, kuning keemasan

Durian yang agak famous sekarang iaitu Udang Merah. Ini pertama kali Fiza merasai durian Udang Merah. Durian yang isinya agak tebal, manis belemak, dan warnanya agak jingga. Harganya murah sedikit daripada D24 tetapi ada yang mengatakan udang merah mahal daripada D24. Mungkin ikut musim agaknya.

Sedap tetapi Fiza kurang gemar dengan durian yang isinya terlalu tebal kerana menjadi cepat jemu. Tapi peminat durian memang tidak kisah, isi tebal ke nipis janji durian.

Durian Udang Merah

Isi agak oren kemerahan

Durian Kampung Special pula Fiza baru tahu yang ianya amat special. Durian ini adalah durian kampung yang dikacukkan. Rasanya pahit seolah-olah makan durian musang king, tetapi ianya durian kampung. Durian Kampung Special juga mempunyai isi besar jauh beza dengan durian kampung.  Isinya juga tebal. Uniknya juga ia mempunyai isi bewarna sama ada kuning atau putih.

Durian Kampung Special

Isi yang kuning-kekuningan

Isi berwarna putih
Durian seterusnya yang menjadi kegilaan peminat durian semestinya Durian Musang King. Pendek kata kalau makan durian tak makan musang king macam tak lengkap title penggemar durian. 

Musang King isinya sahaja berwarna kuning keemasan lebih kurang D24. Isinya tebal dan rasanya manis dan pahit. Kalau dalam satu pangsa durian, memang penuh isi durian dan berbaloi membeli.

Harganya pulak paling mahal. Kalau bukan musim boleh mencapai ratusan ringgit. Mujur sekarang musim durian, RM 30 sekilo, paling murah RM16 sekilo pun dan ada.

Durian Musang King

Isi Durian Musang King

Isi musang king dan udang merah. 
Kupas sebiji durian setiap satu dah boleh dapat satu bekas besar.

Kalau ikutkan jenis ada lagi yang Fiza belum rasa seperti durian IOI. Ingat nak cari hari minggu nie. Musim durian nie jela nak makan durian puas-puas. Dah lama jugak Fiza tak makan durian sebab sebelum ini macam tak ada musim sangat.


Korang peminat durian jangan lepaskan peluang untuk makan durian puas-puas. Tapi jangan lupa juga banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan badan panas.

Wassalam.

Post a comment

8 Comments

  1. xpenah lg rs musang king... mudah2an mggu dpn ada rezeki nk terjah TTDI ada mcm2 jenis durian kt sn khabarnya

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lagi durian udang merah hehe :D

    ReplyDelete
  3. durian memang favourite kami anak beranak. makan setiap minggu sebab tengah musim hiihihi

    ReplyDelete
  4. Wah, bestnya. Zumal belum pernah cuba musang king...

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. sedap ni.. x mampu nak beli. hehe

    ReplyDelete
  6. Sedap nampak isi durian D24 tu, kuning mesti berlemak..yummehnya..

    ReplyDelete
  7. Sha selalu makan durian kampung je.. Nak cuba jugalah jenis-jenis durian yang fiza share ini..

    ReplyDelete