Find us on Facebook

10 jenis makanan yang mengandungi Zat Besi

Assalamualaikum..

Zat besi merupakan salah satu mineral penting yang diperlukan tubuh manusia. Fungsi dari zat besi adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam darah yang memerlukan. Zat besi digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal daya tahan tubuh.

Kekurangan zat besi menyebabkan terhambatnya bekalan hemoglobin dalam darah. Penyakit kekurangan hemoglobin (sel darah merah) disebut anemia. Gejala biasa ditandai dengan kurang bersemangat, mudah letih dan lemas, pucat serta sering pening.
Kekurangan zat besi boleh diatasi dengan mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam, kentang, daging lembu, dll.

Berikut antara  makanan sumber zat besi yang boleh anda dapatkan secara mudah.

1. Daun Bayam

Sayuran yang sangat membantu kita untuk mengikat zat besi. Bayam sudah dikenali boleh mengurangkan gejala anemia. Jadi jangan ragu untuk memakan bayam setiap minggu. Selain zat besi, bayam juga mengandungi vitamin A.

2. Kangkung

Kangkung adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin A dan vitamin B serta C. Kangkung mengandung jumlah tinggi zat besi, kalsium, dan kalium.

3. Buah Aprikot

Buah ini mengandung zat besi yang sempurna untuk memastikan tubuh mendapatkan pengambilan zat besi.

4. Buah Prune
Buah Prune, adalah jenis buah yang mempunyai banyak zat besi berbanding buah epal dan betik. Dalam jus prune terdapat 3mg zat besi.

5. Roti Gandum
Roti Gandum adalah pilihan bagi para pelaku diet untuk memenuhiisi perutnya, selain itu ternyata bijirin mengandungi zat besi yang besar, selain mempunyai fungsi mencegah penyakit jantung dan kanser. Jadi biarpun tidak melakukan diet roti gandum pun boleh menjadi pilihan buat pengikat zat besi kita.

6. Kismis

Kismis mengandungi zat besi yang sangat tinggi. Kismis juga merupakan makanan yang bersifat basa dan boleh membantu mengatasi keadaan asid badan.

7. Bijirin


Makanan yang sering disajikan untuk menu sarapan ini sangat baik untuk kesihatan. ¾ cawan bijirin mengandungi 18 mg zat besi. Sedangkan 100 gram oat segera mengandungi 11 mg zat besi.

8. Yoghurt
Sekurang-kurangnya anda akan mendapat satu pertiga kandungan kalsium per hari dalam satu cawan. Kalsium akan membina dan mengekalkan kesihatan tulang.

9. Telur



Telur kaya akan semua mineral, termasuk besi, dan vitamin B. Telur yang sesuai dimakan ketika sarapan kerana mengandungi jumlah tenaga yang mencukupi.

10. Ikan

Ikan adalah makanan laut yang dipercayai kaya akan omega-3 dan 6. 

Demikian artikel mengenai 10 jenis makanan yang mengandungi sumber zat besi ini. Semoga bermanfaat dan kekal sihat.

Wassalam.

Post a Comment

8 Comments

  1. Trima ksh perkongsiannya fiza..sy memg suka mkn sayur n buah buahan

    ReplyDelete
  2. Telur dan ikan paling sedap! Hii. Siqah bukan pengemar sayur :p

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  4. Hi terima kasih dah follow awak juga (^_^).info baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Rumah saya kalau tak ada telur tak sah... anak-anak suka makan telur :-)

    ReplyDelete
  6. Zat besi memang perlu untuk badan. Bukan zat besi je, macam2 vitimin pun perlu. Di sini Kita kaya dengan makanan. Kita pergi ke restoren, kita nampak makanan dibazir. Banyak yg tak habis, then buang. Kita tak nampak di afrika. Ada kanak2 mengemis makanan. Bukan ada kanak2 tapi ramai kanak2. Bukan setakat tak ada makanan bahkan pakaian pun tak cukup tutup badan.

    So, kita makan lah sementara hidup tapi jangan waktu hidup ni asik ingat makanan je.

    Jangan kita makan untuk badan je kita perlu ingat rohani kita juga perlu makanan. Carilah makanan untuk rohani jugak.

    Ada orang kata makan kek mengemukkan. Salah tu. Jangan makan se pinggan, makan sikit je asalkan terasa yg kita makan tu lazatnya kek.

    ReplyDelete
  7. Nasib baik semua mai suka makan, heheh.

    ReplyDelete