Find us on Facebook

Kenapa kita perlu simpan emas?

Assalamualaikum. Entry kali ini bukan Fiza hendak menjual emas. Cuma hendak kongsikan dan memberi maklumat serta info mengenai betapa pentingnya menyimpan emas. 

Mengikut pengalaman yang Fiza sendiri lalui, betapa pentingnya menyimpan emas kerana ia dapat ditebus pada masa dan waktu ketika kita benar-benar perlukan wang. Fiza sudah melaluinya dan merasakan betapa beruntungnya mereka yang telah lama menyedari bahawa emas bukan sekadar perhiasan tetapi ia adalah simpanan untuk masa depan.

Kenapa perlu simpan emas? 

google image

Emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia. Pada zaman dahulu pemakaian barang perhiasan emas adalah suatu kemestian bagi wanita sebagai simbol kecantikan serta kekayaan kerana nilainya yang berharga dan boleh diwarisi. 

Kini pemakaian barang perhiasan emas yang berlebihan tidak sesuai kerana faktor keselaamatan disebabkan kadar jenayah yang tinggi. Emas kini digunakan sebagai pelaburan, pelindung harta dan pengelak kebocoran wang. Sifat emas yang unik seperti sentiasa berharga, dikenali dan laku seluruh dunia, kalis inflasi, tidak dapat dibinasa walau terbakar atau bencana alam menjadikan emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang unggul.


EMAS SENTIASA BERNILAI DAN LAKU SELURUH DUNIA.
google image

Emas adalah logam berharga berwarna kuning keemasan yang menarik, dikenali dan laku seluruh dunia. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh dibinasakan. Emas tetap bernilai tinggi walaupun terbakar, tenggelam dalam air, kemek dan sebagainya. 

Simpanan emas adalah aset yang mudah dicairkan, mudah dibawa dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa. Simpanan emas penting sebagai persediaan ekonomi yang tidak menentu kerana emas kalis inflasi, kegagalan wang kertas dan bekalan sewaktu kecemasan atau bencana alam.

EMAS PENGELAK KEBOCORAN WANG. 

google image

Sememangnya sikap manusia susah untuk menyimpan wang ringgit. Pendapatan bulanan akan habis begitu sahaja biarpun berapa duit yang ada di tangan terutama di waktu kos sara hidup yang meningkat kini. Pembelian emas akan dapat mengelak kebocoran wang ringgit dan amalan berjimat cermat. 

Penyimpanan emas sebenarnya adalah salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah. Adalah penting untuk menukar sebahagian wang kepada emas fizikal atau menggantikan nilai matawang kertas yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.


HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT. 

google image

Sejarah telah membuktikan harga emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang kerana emas kalis inflasi. Kini harga emas dunia terendah dalam tempoh 6 tahun, namun harga emas ringgit malaysia stabil kerana inflasi dan kejatuhan nilai ringgit malaysia. Harga emas kini terendah dan pemilik emas lama sepatutnya mengambil peluang menambah simpanan emas pada waktu harga emas terendah kini. 

Sebenarnya tanpa disedari penyimpan wang telah mengalami kerugian kerana nilainya yang merosot dan caj dikenakan bank semasa pengeluaran wang. Urusniaga emas adalah bersih dimana ianya halal dengan akad jual beli emas mengikut syariah islam dan tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang islam. Pengeluaran zakat adalah membantu ekonomi islam sebagai tanda kesyukuran dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur.

Sabda Nabi : “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)” – HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL.

Banyak lagi faedah yang kita akan dapat sekiranya menjadikan emas sebagai harta simpanan. Semoga ia memberi sedikit sebanyak info serta memberi kesedaran dan faedah kepada kita semua mengenai simpanan emas. 

Mula menyimpan sedikit pun sudah memadai.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Emas dri dulu hingga kini memg amat2 beharga..lya pun da mula collec skit2 mna yg trmampu

    ReplyDelete
  2. saya pun simpan sikit2..2,3 bulan sekali baru beli..beli pun yang kecik2 je..eh..saya beli barang kemas...tak beli dinar tu..ehhehe

    ReplyDelete
  3. sama laaa fiza.. ada simpan brg kemas pakai tak pon

    ReplyDelete
  4. sy smpn sikit2... ada rezeki nk tambah lg

    ReplyDelete