Majlis Aqiqah Thaqif Khalaf

Assalamualaikum. Cerita untuk sambutan raya haji akan Fiza publishkan hari ini. Minggu lepas, Fiza dan suami mengambil peluang cuti beraya dan menyambut Hari Raya Haji dengan menjalankan ibadah Aqiqah untuk anak lelaki kami Muhammad Thaqif Khalaf yang kini berusia 18 bulan. Majlis dibuat secara sederhana sebelah keluarga mertua di Kg. Bendang Nyior Tanah Merah, Kelantan. 

Thaqif pergi beraya sementara menunggu bahagian daging aqiqah siap.

Tahun ini, satu bahagian lembu berharga RM 650.


Kami bergotong-royang anak beranak memotong daging dan memasak sendiri untuk majlis yang diadakan pada Hari Raya kedua. Menu utama adalah sup daging bersama nasi putih. Selain itu, kami sediakan menu acar timun, daging masak kunyit, daging masak kari, perut lembu cicah asam, serta ulaman timun dan petai.





Gambar-gambar sekitar majlis yang sempat Fiza ambil.







Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan tetamu tidak putus daripada pagi sampai ke petang. Terima kasih pada saudara dan jiran-jiran yang hadir atas jemputan. Juadah juga cukup untuk tetamu yang hadir. Paling bersyukur dapat menyempurnakan ibadah aqiqah buat anak lelaki kami.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. alhamdulillah..selesai dah satu perkara...

    ReplyDelete
  2. seronok tenngok tulang kambing tu..hahah..sedap tu.:)

    ReplyDelete
  3. kat umh mak saye pon ade buat mjls akikah utk ank sedare..

    sedapnye sup daging!

    ReplyDelete