Find us on Facebook

Lewat ke pejabat

Assalamualaikum dan selamat petang... korang sihat ker? hari minggu Fiza dah puas berehat.. so hari nie kene la kerja elok2.. Fiza macam biasa mungkin akan balik lewat hari nie sebab persediaan mesyuarat untuk esok.. huhu..
Pagi tadi mujur tak lewat sangat sampai opis.. tapi punch card tetap merah.. lebih 3 minit.. mana taknya, ader dua eksiden di sepanjang highway plus perjalanan daripada Rawang hingga ke Hosp. Sg. Buloh.. jem highway dibuatnya...
Eksiden pertama jam berapa pun Fiza tak tahu.. Keluar je tol Rawang, terus kereta gerak perlahan.. hampir 15 minit juga la..
Lepas tu, semua kereta yang terlibat dengan kemalangan dah dialihkan.. Kami pun dapat bergerak laju di lane 3 seperti biasa.. Tiba-tiba ada kereta di depan brek mengejut, betul-betul selang beberapa biji kereta daripada kereta kami, mujur Mr. Hubby pusingkan sedikit stering dan tak langgar kereta depan.. tapi.... ader Hilux laju kat belakang.. alamakkk.. cm mana nie.. abiskan kereta kami.. mujur dia sempat ke lane 2 membelok.. dan mujur tiada kereta di sebelah.. kalau tidak habislah berdentum semuanya.. memang ngeri betul bila ingat semula tragedi tadi...
Kereta depan kami 3 buah berlanggar sesama sendiri.. Ya Allah bersyukur sangat tiada apa-apa terjadi pada kami.. tetapi kesian pada kereta di depan kami.. Kereta tengah yang teruk sebab kene langgar depan dan belakang..
Mujur tiada kemalangan nyawa.. malang tidak berbau.. takdir pun tiada siapa tahu.. yang penting kene lebih berhati-hati di jalan raya, tambah pula di lebuhraya.

Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah, mujur xde apa2... Rasa pg tadi dgr dalam radio jugak... :)

    ReplyDelete
  2. Mcm2 blh berlaku kat jalan raya kan?
    Kita dah berhati-hati pengguna lain pulak yg buat hal.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,akak dengan husband takde kena apa-apa. Kena beringatla kan,musibah datang tak diundang.

    ReplyDelete
  4. aiyoo...lewat 3 minit pun merah...kesian kat fiza..office tak buffer time utk kelewatan mcm 5-10 minutes ker??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..patutlah ade jiran tasik putri ana ckp jem panjang giler kt laluan hospt sg.buloh tu. Rupenye ade eksiden. Moge2 baik la semuanye.. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, akak tak apa-apa.

    ReplyDelete
  7. fuhh.. alhamdulillah.. nasib xda apa2..

    ReplyDelete
  8. lya cuti semalam & isnin..byk nak kena prepare..baru ari nie keja :)

    ReplyDelete