K-Drama Review : 3 Days / Three Days

Assalamualaikum.. untuk review K-drama kali nie.. cerita Three Days.. cerita nie memang favorite Mr. Hubby dan Fiza juga..  Baru sahaja melabuhkan tirai pada 2 hari lepas dan ending nya pun sangat best...


Sinopsis:

Sebuah drama yang mengisahkan seorang Presiden Korea Selatan. Beliau cuba untuk membetulkan kesilapan lalu dengan menebus kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap negara Korea Selatan terutamanya kepada penduduk Yangjirin. Beliau kerap kali cuba dibunuh oleh orang-orang disekeliling yang telah di upah termasuk orang di Rumah Biru.  

Bermula apabila Presiden Korea Selatan, Lee Dong- Wi (Son Hyun- Joo) bergerak ke sebuah vila untuk menikmati percutian beliau. Selepas tiga tembakan dilepaskan, beliau hilang. Pengawal peribadinya yang setia Han Tae- Kyung ( Park Yoo-Chun ) cuba untuk mencari Presiden.

Han Tae- Kyung bekerja sebagai seorang pengawal presiden. Bapanya seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan berkerja untuk Presiden juga meninggal dunia dalam kemalangan kereta ketika membawa dokumen  sulit yang sangat-sangat dikehendaki oleh musuh.

Bagaimana Presiden hendak membetulkan kesilapan lalu? Bagaimana pengawal-pengawal Presiden menjalankan tugas melindungi Presiden? Apa sebenarnya yang terkandung dalam Dokumen Sulit 98? Semuanya akan terjawab bila korang menonton drama nie.

Pelakon-pelakon Utama  3 Days 
Park Yoo Chun sebagai Han Tae Kyung 

Son Hyun Joo sebagai Lee Dong Hwi 

Park Ha Sun sebagai Yoon Bo Won 

So Yi Hyun sebagai Lee Cha Young

Choi Won Young sebagai Kim Do Jin 

Jang Hyun Sung sebagai Ham Bong Soo

Pada Fiza, cerita nie memang best sebab penuh dengan babak aksi. Tugas sebagai pengawal keselamatan presiden bukan lah tugas yang mudah. Mempertaruhkan nyawa semata-mata untuk melindungi presiden. Fiza juga suka cerita nie sebab dapat tengok aset ketenteraan mereka, macam mana polis mereka melaksanakan tugas.. memang best.. Fiza bagi 5 bintang.. 5/5.. hehe...

Post a comment

7 Comments

  1. Sekali pandang cam citer 'king 2 hearts'. Dua kali pandang baru perasan heroin dia lain. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen @miss fifi dah perbetulkan...

    ReplyDelete
  3. Zumal pun suka cerita2 aksi camni :)

    ReplyDelete
  4. Comel laa pelakon gegurl =D

    ReplyDelete