K-Drama Review : One Sweet Word

Assalamualaikum.. dah lama juga tak buat drama review untuk drama korea yang baru sahaja berakhir di Channel One 393... Cerita yang berkisarkan kehidupan rumah tangga.. One sweet word atau pun One warm word.. Drama nie agak slow tetapi penuh dengan kisah keluarga yang mana keluarga yang didirikan atas dasar cinta akhirnya retak disebabkan oleh orang ketiga.

One Sweet Word

Sinopsis

Kisah dua pasangan suami isteri dalam situasi yang berbeza-beza tetapi menghadapi masalah yang hampir sama. Na Eun Jin (Han Hye Jin) adalah seorang wanita yang rajin dan positif  tetapi telah dikecewakan oleh suaminya Kim Sung Soo (Lee Sang Woo) yang menipu dan bermain kayu tiga. Oleh sebab itu, Eun Jin membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup baru buat dirinya dan bertemu dengan Yoo Jae Hak (Ji Jin Hee).
Yoo Jae Hak adalah Ketua Pegawai Eksekutif yang berjaya, seorang bapa yang dihormati dan mempunyai dua anak lelaki. Merupakan suami kepada Song Mi Kyung (Kim Ji Soo). Jae Hak tidak mempunyai masalah keluarga dalam hidupnya tetapi secara tiba-tiba tertarik kepada Eun Jin. Sejak itu, perasaan  dan kehidupannya berubah dan konflik berlaku disebabkan oleh tanggungjawab kepada keluarga dan isterinya serta perasaannya terhadap Eun Jin.

Pelakon Utama

    Han Hye Jin sebagai Na Eun Jin (isteri Sung Soo) 

    Lee Sang Woo sebagai Kim Sung Soo (suami Eun Jin)

    Ji Jin Hee sebagai Yoo Jae Hak (suami Mi Kyung) 

    Kim Ji Soo sebagai Song Mi Kyung  (isteri Jae Hak ini) 

    Masing-masing telah bersuami dan telah beristeri, isteri orang bercinta dengan suami orang.. susah untuk diterima oleh masyarakat. Bagaimana mereka menghadapi situasi yang sulit ini dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah keluarga mereka. Kena tengok cerita nie kan...

    Post a Comment

    10 Comments

    1. memang..di mana-man yang namanya pihak ke tiga pasti membawa petaka bagi keluarga..apalagi seperti jalan cerita di atas..

      ReplyDelete
    2. Baru tengok sampai episod 4. Lepas habis sekolah baru nak sambung kot.

      ReplyDelete
    3. Fuhhh.. review drama korean ni.. =)

      ReplyDelete
    4. awat la orang korea ni comey2 je...

      ReplyDelete
    5. belom tgk agi ceta ni tapi mmg minat kat lee sang woo tu. tapi dlm ceta ni dia bukan hero utama kan

      ReplyDelete
    6. dah lama x layan korea drama.. x rasa tertegarak hati nk tengok.. hehehe
      visa sini..

      ReplyDelete
    7. dah lama akak tak layan drama korea.. drama melayu pun sama juga..

      ReplyDelete
    8. dulu minat gila..but after working..it's kinda hard finding a free time to watch =-=

      ReplyDelete