Find us on Facebook

Fakta mengenai Budu ramai yang tidak tahu

Assalamualaikum. Siapa suka mkn budu angkat tangan. Walaupun Fiza bukan berasal dari Kelantan tetapi oleh kerana suami berasal dari Kelantan, stok budu mesti ada di rumah. Budu pula kalau ditambah dengan tempoyak dan cili merah, alamatnya menambahlah nasi.

Lauk-pauk ditambah dengan budu tempoyak

Fakta mengenai budu

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahanlimau nipis.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

Bagi yang tak pernah cuba apa kata korang cuba dulu. Memang sedap dan terbaik.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments