Assalamualaikum. Memandangkan ini throwback harap pembaca tak keliru yer. Biasalah kita menulis nie semua story-stoty yang dah lepas. Banyak sangat story nak update, akhirnya sampai juga kisah di penghujung bulan Disember 2023.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsz8Wi-70O1ODsrjVJ3cFNmtgneu__2qDJs7x5Xb8f_i-JE4PFdGK1Ugy-jH2Rx-NmRhJupK8Z37hXtHjsLZv3mN2ZL_zwBrVuxLtCLoawqFZKHQ5wF90hOpfAfQh5tEmrSEMSb8hH49RUAyGOvnKe2bOCz5wb5xADOTBfTfUmk-5X2R1wxMj16akVOxUQ/w300-h400/IMG_3143.jpeg)
Fun X World's European Market, banyak keriangan menanti sempena musim cuti sekolah | Terima kasih buat pihak Fun X World's kerana sekali lagi menjemput kami satu family untuk join dan sama-sama memeriahkan aktiviti mereka untuk bulan Disember lepas. Dipendekkan cerita ini kunjungan kali kedua dan kami diberi peluang untuk join Fun X World's European Market.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMLEeBjx91aJx9bwMbKD2IxDTg8LoHFgSZWFPKr6iFQWC0rC-Tlu1_xU8jZvHwXpH3YvUt35c2IH9MTnQNtUeuvEnu8jDLLQVoRPSIoWrpRcmYqrIPRYk22Kyo7A6-XMt72FMXoJvxTdl8y3cnvzd0AmoEnbqKlaqOisAwTQjs-hbzzfVjYLT2YkmiB4gA/w300-h400/IMG_3145.jpeg)
Banyak permainan, aktiviti dan ganjaran yang pihak Fun X World's sediakan sempena European Market kali nie. Thaqif dan Huwainaa berpeluang membuat kek sendiri dalam Cake in a mug Workshop. Pestime Thaqif dan Huwainaa baking kek sendiri nie. Buat kek dalam cawan je, senang betul, Fiza dah copy resipi dorang nie siap-siap tau.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbo01XCqH59dk8bWFLDeU1DD4u16SKAdjPQiNBA-rKp0gPH4vu1NpCmQbpxj-cFOdy_R7ARzuNQUOKZEIesOQA2PZrtODFBgeREJXf7kYpOD5EdGnatlFPCU2VFOlnno8KoBiruYg1s19DpT2BqvgALx5LtwnQW9591nP5QvAMoSP6H6Q5Wu113qsLi75Q/w300-h400/IMG_3144.jpeg)
Lepas siap baking, boleh jalan-jalan kat sekitar European Market nie. Ada banyak gerai jualan vendor ala Europe. Boleh beli makanan, minuman, mainan dan macam-macam lagi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMRF94N_31LzRF93zgD65nHXzkp7cv_Pjjb1tQpZlwoSjOYI6ygcatJ7S2MGnahkXc3bWD8_No-9eH8B0hjVuDXOwFDOPqSWzFmqlktMXtmP3VP1iwzwjg4YiWwpS0gJGoLxkWOGAG-sZ67S0dl-9cIc04QhMaPxEVYNUmS7fiXQcnCj1bQSOs83lWsK6m/w300-h400/IMG_3148.jpeg)
Bagi korang yang belum tahu apa lagi aktiviti menarik kat sini, boleh baca sini --> Fun x World Indoor playground paling gempak anak-anak boleh main dengan bebas
Pelbagai aktiviti menarik yang kita boleh buat sekali dengan anak-anak yer. Dorang main slide, kita pun boleh main jugak. No limit, kalau rasa jiwa kanak-kanak ada lagi dalam diri korang, sinilah tempatnya.
![](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td8/1/16/1f39f.png)
![](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td8/1/16/1f39f.png)
![](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td8/1/16/1f39f.png)
![](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td8/1/16/1f39f.png)
Walaupun dah dua kali datang, memang tak bosan langsung. Anak-anak Fiza memang enjoy sangat. Kita pun lega lepaskan anak main kat sini sebab sangat-sangat safety. Masuk sini lepas tu korang boleh duduk berapa lama pun. Dalam Fun X World's lengkap dengan fasiliti seperti surau, tandas dan juga cafe.
Memang berbaloi spend the whole time kat sini dengan anak-anak. Fun X World yang terletak di Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall.
Wassalam.
2 Comments
Menariknya!
ReplyDeletexpe, kite update satu satu :D.. untuk kenangan dan bacaan bersama pada masa akan datang..
ReplyDelete