Find us on Facebook

Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel dengan manfaat Iceland Water bantu kembalikan keserian wajah

Produk kecantikan berasaskan marin atau lautan sebenarnya memberi lebih banyak manfaat terhadap kulit. Ia sangat membantu dalam memberi penghidratan terhadap kulit dan mampu membekalkan kelembapan jauh ke dalam kulit dengan pantas.


Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel dengan manfaat Iceland Water bantu kembalikan keserian wajah | Bagi korang yang suka skincare yang more to natural ingredients dan organic ingredients, boleh cuba brand Phytoceane. Brand nie antara favorite Fiza juga sebab produk Phytoceane memang pure dan bahan-bahan yang dorang gunakan berasal dari alam semula jadi.  

Eco-Friendly Packaging

Ada dua skincare Phytoceane yang Fiza dah guna iaitu Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel. Dah try mestilah nak share review sikit bagi korang pun teracun sekali. Biar kita cantik sama-sama. Betul tak?


Phytoceane "Nature Inspired by Nature"


Phytoceane ialah jenama profesional eksklusif MADE IN FRANCE dan telah berkhidmat dengan beribu-ribu spa di seluruh dunia. Kalau nak tahu ia telah diasaskan sejak 20 tahun lalu. 

Terdapat lebih daripada 60 bahan semula jadi dengan 10 bahan organik (seperti Organic Green Tea, Organic Aloe Vera, Organic Marine Samphire, Organic Guava, Organic Coconut Water, Organic Wakame  dan banyak lagi) bahan semula jadi mungkin berbeza mengikut keadaan penuaian, tetapi ia kualiti terjamin tanpa mengira negara di mana ia ditanam.


Hydrating, Oxygenating dan Radiance dengan Iceland Water

Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel

Kedua-dua Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel yang Fiza dah gunakan nie mengandungi bahan utama iaitu Iceland Water. Kedua-duanya High Concentrated of Natural Ingredients

Phytoceane dipilih daripada bahan yang paling tulen


Phytoceane Moisturising Refreshing Mist with Iceland Water

Refreshing mist yang ringan dengan manfaat Iceland Water bantu berikan radiance boosting dan hydrating pada kulit wajah. Iceland Water terkenal dengan sifat penghidratan (hydrating), tenaga (energizing) dan pengoksigenannya (oxygenating properties).

100ml Moisturing Refreshing Mist (RM 210)

Tekstur berasaskan air

Mist penjagaan kulit yang mengoksigenkan dan penggalak penghidratan untuk kulit yang segar dan berseri. Tekstur berair yang segar dan ringan, boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan krim muka biasa.


Phytoceane Moisturising Gel with Iceland Water

Bagi mendapatkan penghidratan segera dan tahan lama, Moisturising Gel dapat bantu menghidupkan semula dan melembapkan kulit serta-merta. Mengandungi iceland water dan Laminaria Digitata - Energy concentrate, ideal untuk kulit kusam dan asphyxiated skin.

30ml Moisturising Gel (RM 320)

Gel ringan cepat serap

Iceland water nie kita dah tahu, ia bantu beri hydrating, energizing dan oxygenating. 

Laminaria Digitata pula adalah alga yang bantu melindungi daripada external aggressionssecond skin action

Moisturising Gel yang segar dan ringan, boleh digunakan secara bersendirian atau bersama krim penjagaan kulit biasa yang korang guna.


Cara penggunaan Moisturising Refreshing Mist

Disyorkan untuk digunakan pada waktu pagi atau malam. Memandangkan ia boleh digunakan sebagai penggalak penghidratan, just spray di wajah sama macam korang pakai usual skincare cream sebelum nie.

Spray je tanpa segan lepas guna make up

Kulit nak hydrated serta merta

Nak spray lepas pakai make up pun boleh, lebih kurang macam setting spray juga tapi yang nie bagi kulit korang sentiasa hydrate. Bila-bila masa pun tak kisah, korang akan rasa kelembapan kulit yang berpanjangan. 

Cara penggunaan Moisturising Gel

Boleh apply setiap hari, waktu pagi atau malam. 

Sebelum make up, guna Moisturising Gel

Kulit nampak lembab serta merta

Pum 2-3 kali atas telapak tangan dan buat sapuan di muka dan leher selepas penggunaan cleansing dan toner.

Kesan hydration tu korang akan dapat serta merta dan long lasting, lebih daripada 27% selepas 1 dan 6 jam*


Rutin penjagaan kulit saya dengan Phytoceane

Fiza memang suka sangat gunakan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi, nak-nak pula dari sumber laut. Bila dapat try produk Phytoceane, rasa betapa bertuahnya kulit wajah nie. Terkenal dengan Safe and Natural Ingredient (non-toxic formula) serta Vegan-Friendly Skincare. Tak perlu takut-takut nak apply.


Bila dah apply memang rasa kesan serta merta dia. Tekstur berasaskan air, tidak melekit, cepat meresap memang tak akan rasa rimas bila pakai. 

Paling best, kulit akan rasa lembab dan segar. Fiza guna tak kira tempat dan masa, rasa kulit kering je, spray terus. Bau wangian lembut rasa nak spray je satu badan.

Sekarang nie sepanjang hari, even nak pergi kerja atau travel, Fiza akan bawa bersama skincare Phytoceane, bukan apa untuk memastikan kulit segar dan terhidrat. Ini kerana Iceland Water bantu memberi tenaga kepada sel-sel untuk menjadikan kulit lebih berseri dan cergas.

Manfaat Iceland Water water bukan calang-calang yer. Ia juga mampu memberikan : 
  • Meningkatkan Penghidratan – Kulit sentiasa lembap dan dilindungi daripada dehidrasi (Meningkatkan kadar penghidratan sehingga + 61%)
  • Cellular Energizer - Sel lebih banyak dan mempunyai lebih banyak tenaga (Merangsang nombor sel sehingga +32%)

Lagi satu nak share, packaging dorang nie pun sangat Eco-Friendly.  Phytoc√©ane  berkesan untuk menjaga semua kulit, Dermatological Control dan Scientific Proven. 

Untuk maklumat lanjut, boleh check out Facebook Phytoceane atau Instagram @PhytoceaneMY. Layari https://shopee.com.my/phytoceane_my untuk pembelian. 

#PhytoceaneMY#NaturalSkincare #ProfessionalSkincare #Hydration #Moisturizing #kulitkekallembap #pelembabwajah #penghidratan #penghidratankulit #PhytoceaneFJORD #MoisturizingMist #MoisturizingSerum

Post a Comment

0 Comments