Find us on Facebook

Happy Birthday Huwainaa Khayra!! My princess officially 5 years old

Assalamualaikum. Tajuk kali nie bagi bahasa Inggeris la sikit kan. Setiap tahun tak lupa nak sambut birthday the one and only little princess yang mama ada. Huwainaa Khayra, baby bulan Disember. Tahun 2023 genaplah umur Huwainaa 5 tahun. 


Happy Birthday Huwainaa Khayra!! My princess officially 5 years old | Tahun nie Huwainaa nak sambut birthday dengan kawan-kawan kat nursery. Nursery memang dah jadi rumah kedua Huwainaa dan Thaqif. Dorang duduk sini sejak umur 2 bulan. Lepas pantang terus hantar sana sebab mama kerja. Mujur sangat dapat tempat asuhan yang elok. 


Persediaan pun memang last minute. Beli kek kat kedai, memang tak sempat nak tempah. Makanan samping Cikgu Mak sediakan. Deco pun biasa je yang penting ada banyak belon. Budak-budak pun memang suka sangat dengan belon.







Untuk birthday mama dedi belikan Huwainaa rumah mainan dan radio dengan mic. Boleh la dia nyanyi. 







Lega bila dapat buat sambutan birthday untuk Huwainaa untuk kali ke-5 nie. Dulu dia tak pandai minta, sekarang dah pandai request nak tak nak kena tunaikan selagi termampu.

Apa-apa pun anak dara mama dah besar. Tak lama lagi dah nak masuk sekolah rendah. Terima kasih cikgu mak, cikgu kakak dan cikgu dila bantu buat persiapan.
Happy betul Huwainaa  dapat celebration dgn kawan2 dia.

Happy Birthday Huwainaa Khayra. Semoga Huwainaa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Mama doakan Huwainaa berjaya di dunia dan akhirat. Amin. 



 

Post a Comment

0 Comments