Nak makan lamb pizza, jom try kat Paradise Reyan Restaurant

Assalamualaikum. Ingatkan hari nie boleh la cuti kan lepas mengundi, nampaknya tak, kena la kerja macam biasa. Korang mengundi tak? Untuk PRU15 kali ini Fiza memilih untuk menunaikan tanggungjawab di Sek. Men. Keb. Bentong. Datang mengundi sambil tengok sekolah lama. Tak de apa yang berubah, sama je. 


Nak makan lamb pizza, jom try kat Paradise Reyan Restaurant | Tak nak cerita pasal politik tergantung nie, kita terus je pasal food review kali nie macam biasalah makanan Arab. Kami kalau diberi pilihan ada macam-macam restoran kat situ, ada makanan Arab, situlah yang kami akan pilih. Bukan apa, sebab kami satu family suka makan makanan Arab. 

Paradise Reyan Restaurant yang terletak di AEON Big Wangsa Maju, ikutkan memang tak pernah lagi makan kat sini. Why not kita try kan. Belek-belek menu, ingatkan tak nak makan nasi, kali nie nak try pizza. 



Pestime nak try makan lamb pizza tau. Sebab sebelum ini pun tak pernah jumpa. Hummus pun kami ambil Hummus with Lamb. Lambakan lamb la kali nie. Nasib baik menu nasi husband Kabsa Chicken. Tak nak order banyak sebab risau tak habis. Untuk minuman macam biasa Barbican pomegranate dan pihak restoran suggestkan Kurma with milk. Yang nie memang sedap dia kata. 

Lamb Pizza

\
Kabsa Chicken

Hummus Lamb

Minuman

Lamb dia penuh satu pizza

Hummus pun sedap sangat

Anak-anak memang tak tolak pizza

Minum susu untuk kuat

Harga pun berpatutan


Mujur tak order banyak. Pizza dia pun besar, hampir tak habis tau tapi kami gagahkan jugak untuk habis. Memang sedap dan puas hati. Layanan pun bagus, tak tahu nak makan apa dorang akan guide. Okay sangat sebab ada separuh restoran Arab nie jenis berlagak sikit, bukan berlagak apa, dah memang dorang style gitu. Kita kena terima jelah. 

Okay, bagi penggemar makan Arab boleh try makan kat sini. Restoran dia dalam AEON Big yer.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Tempat favourite Diah ni. Try minum air jus dia semua pekat gila. Nanti try yang segi tiga tu Lamb Arayes, sedap juga.

    ReplyDelete
  2. huishh..sedapnya..klu dkt dah terjah ni..:)

    ReplyDelete