WaterWorld I-City theme park | Anak-anak memang enjoy habis dapat main air kat sini

Assalamulaikum. Sambungan entry sebelumnya. Staycation kami di Best Western i-City selama 3 hari 2 malam. Hari kedua membawa kami ke WaterWorld @ I-City. Kami masuk dengan guna All Day Happyness Pass. Untung tau beli pakej dalam All Day Happyness Pass nie sebab korang boleh enjoy semua Zone yang ada dalam i-City dalam masa satu hari.


WaterWorld I-City theme park | Anak-anak memang enjoy habis dapat main air kat sini | Dalam satu hari nak cover semua memang susah tapi kami cuba. Salah satu ride atau attraction yang kami akan masuk adalah WaterWorld ini. 

Pagi-pagi lagi lepas breakfast kami terus jalan kaki ke sini. Tak jauh pun dari hotel. Kene cepat sebab limit pengunjung yang boleh masuk hanya 100 orang. Nak masuk kena beli siap-siap tiket tau, sebab dorang akan scan tiket dalam i-City SuperApp. Kalau datang baru nak beli memang takde.

Limit pengunjung 100 orang

Masuk bayar untuk tinggi anak melebih 90 cm 

Masuk perlu scan i-City SuperApp

Ada juga Fiza tengok beberapa family terpaksa angkut semula anak-anak keluar dari barisan. Mungkin dorang datang secara walk-in. Nak datang sini jangan walk-in yer. Nanti kecewa anak-anak. 

Pemandangan dari pintu masuk

Makanan memang tak dibenarkan bawa masuk. Dorang akan ambil segala makanan dan minuman kita tau sebelum masuk sini. Faham sebab dorang nak jaga kebersihan dalam waterpark kan. Kang tak pasal nampak bungkus nasi lemak dalam kolam waktu berenang. 

Barang-barang peribadi boleh simpan dalam lokar berbayar yang disediakan. Kami ambil small lokar nak isi dompet dan baju kering in case nak tukar baju. Henpon kami bawa masukkan dalam waterproof cover case. Beli kat kedai cenderamata dalam waterpark nie je. 

Lokar berbayar disediakan

Bayar sekali je

Pukul 11 pagi kami mula mandi. Lepaskan terus anak dia nak pergi mana pun tapi dorang berminat nak main kat area playground je sebab sini memang tempat kanak-kanak. Air tak dalam, ada gelongsor.. rasa macam nak join sekali je tapi tak boleh yer. 

Playground untuk kanak-kanak








Sini best boleh pusing kolam


Betul-betul menikmati nie



Layan ombak


Best raft kat sini

4 kali ulang naik

Mujur tak de geng, kalau tak dah cover nie


Fasiliti seperti tandas, tempat makan semuanya lengkap. Best jalan waktu covid nie satu je, orang tak ramai dan pengunjung pun terhad. Jadi tak perlu lah nak bersesak dengan orang ramai. 

Cuma satu je Fiza tak berapa suka mentaliti "cop" tempat duduk. Tempat berteduh kerusi memang banyak disediakan. Tapi sebab style "cop" tempat, letak beg memang menyusahkan.

Kami beli makan, tak tahu nak duduk mana, rata-rata dorang nie letak barang peribadi. Apa guna pihak management sediakan lokar. Tak nak bayar lain kali jangan bawa famili datang sini. Orang nak datang, korang pun nak datang tapi bawa mentaliti macam orang tak sekolah. 


Ikutkan hati nak humban je beg-beg dorang dalam air. Kesian budak2 nak makan takde tempat, tapi kami duduk je kat meja yang ada barang, peduli apa, marah kami memang makan kaki la jawabnya. Tak peduli dah waktu tu.

Sebelum balik singgah kedai cenderamata beli gambar famili. Masa awal2 masuk memang dorang suruh bergambar, lepas tu terpulang la pada kita nak beli atau tidak. Macam kami memang akan beli buat kenangan.

Beli gambar famili

Kedai cenderamata


Best dan enjoy sangat. Tak sedar 3 jam setengah berlalu cepat. Anak-anak minta nak datang lagi. Kami keluar dari waterpark jam 1.30 tengah hari. Waktu memang fix sangat. Planning tak boleh lari.

Balik solat dan makan tengah hari dulu sebab lepas ini kami nak masuk snowalk pula. Bak kata Huwainaa dia nak jadi Elsa. Nanti kita tengok la siapa yang jadi Elsa yer. Sejuk takat mana, boleh ke budak-budak nie bertahan. Tunggu entry seterusnya. 

Wassalam.  

Post a Comment

0 Comments