Find us on Facebook

KOLEKSI RAYA AEON 2022 Trend Fesyen Untuk 'Raya Penuh Makna'

Assalamualaikum. Bertuah rasanya bila berkesempatan untuk hadir dan menyaksikan pertunjukan fesyen yang berlangsung di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju pada minggu lepas. Sambil menyaksikan trend catwalk, boleh la ambil kesempatan jalan-jalan sambil shopping untuk persiapan raya yang tinggal seminggu je lagi. Mana tahu lepas tengok pertunjukkan fesyen nie, ada hajat nak tambah koleksi baju raya.



KOLEKSI RAYA AEON 2022 Trend Fesyen Untuk 'Raya Penuh Makna'Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, AEON menyerikan 'Raya Penuh Makna' dengan memperagakan Koleksi Raya AEON 2022 di majlis yang diadakan di Centre Court, AEON Alpha Angle, Wangsa Maju pada hari Ahad, 24 April 2022.

Majlis dimulakan dengan Pengenalan Koleksi Raya AEON 2022 oleh Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, AEON CO. (M) BHD

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, 
AEON CO. (M) BHD

Majlis yang berlangsung selama satu jam setengah ini mendapat galakan dan tontonan yang meriah daripada pengunjung AEON yang hadir untuk membeli belah di sini. Fiza sendiri pun dapat merasai kemeriahannya. Memang leka tengok Pertunjukan Koleksi Raya AEON 2022 - Trend Catwalk. Cantik-cantik baju yang mereka pakai. 

Guys' Vision dan Puteri

Guys' Vision


Guys' Vision

Jenama Behati

Puteri

Pertunjukan fesyen ini merupakan satu kolaborasi di antara AEON dan jenama- jenama terkenal seperti F.O.S, Jasmina, Anggun Cotton Collection, Behati dalam menyambut 'Raya Penuh Makna".

Sementara itu, jenama-jenama 'in-house' AEON yang ditampilkan ialah Scarlet, Puteri, Arcadia, Tized, Agenda, CrĆØme, Guys' Vision dan Suave. AEON turut menawarkan diskaun sebanyak 20% dari jam 1:00 pm hingga 5:00 pm pada hari yang sama.

Behati








Majlis berakhir dengan ucapan penutup dan penyampaian sagu hati kepada pemilik jenama yang mengambil bahagian dalam KOLEKSI RAYA AEON 2022 Trend Fesyen Untuk 'Raya Penuh Makna'.  

Sesi bergambar dan penyampaian sagu hati

Lepas habis majlis terus sambung jalan-jalan cuci mata. Banyak kiosk-kiosk Koleksi Raya AEON 2022 di sini. Selain baju raya, kalau nak cari kuih raya pun banyak di sini. 





Bersama Ms. Low Ngai Yuen


Bagi yang masih mencari pakaian untuk raya, boleh datang ke AEON Alpha atau ke AEON MALL terdekat korang hari ini. Terdapat pelbagai promosi menarik yang disediakan. Jom beramai-ramai rasai kemeriahannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
 

Post a Comment

0 Comments