Resipi Sotong XXL Bakar Percik paling senang guna Air Fryer

Assalamualaikum. Buntu kalau ada sotong bersaiz XL dan XXL tak tahu nak masak apa. Kalau setakat goreng tepung, masak sambal itu biasa. Okay yang nie Fiza nak kongsikan resipi sotong saiz besar masak percik. Pedas, hangat dan sedap. Untuk yang ada air fryer (AF), boleh guna untuk bakar sotong ini.


Resipi Sotong XXL Bakar Percik paling senang guna Air Fryer

Bahan-bahan :
5 ekor sotong (ikut kehendak sendiri)
serbuk kunyit
garam

Bahan Percik:
*2 batang serai
*10 tangkai cili kering
*bawang besar
*bawang putih
*cili merah dan hijau (ikut kepedasan sendiri)
minyak masak
asam keping
santan
garam
gula


Cara memasak :


1. Cuci sotong dan kelar permukaan. Lumurkan dengan garam dan kunyit.

2. Masukkan dalam AF - Bakar suhu 180 selama 15 minit (ikut sampai masak dan garing)

3. Blender atau kisar bahan bertanda *. Panaskan kuali dan masuk sedikit minyak masak.

4. Tuangkan segala yang dikisar, tumiskan sampai naik bau. Masukkan santan dan asam keping.

5. Mendidih masukkan garam dan gula.

6. Kacau sehingga pekat. Tuangkan atas sotong yand dibakar tadi.

7. Siap untuk dihidang.


Masakkan ini untuk mereka yang suka pedas, kalau tak nak pedas boleh kurangkan cili atau tak perlu cili. Makan dengan nasi panas-panas memang tak sedar dah nak menambah. Senang je nak sediakan. Jadi selamat mencuba.

Wassalam.

Post a comment

8 Comments

  1. fuh...lagi bertambah teringin nak beli air fryer hehe

    ReplyDelete
  2. Bonde peminat sotong... Haruslah cuba resepi sotong xxl bakar percik ni nanti

    ReplyDelete
  3. bagus juga guna AF. boleh masak sotong tu siap siap dulu. then tekstur sotong pun tak overcooked bila tinggal tuangkan gravy atas sotong tu sahaja.

    ReplyDelete
  4. mudah kan bila ada air fryer ni..memang banyak nau ler membantu akak tau... sotong bakar percik tu sedapnya

    ReplyDelete
  5. sedapnya... mudah plk pakai air fryer.. nnti nk try la

    ReplyDelete
  6. sedap tu sutung percik. buleh buat buka posa thn depe...

    ReplyDelete
  7. alamak alamak alamakk.. terliur la pulakk

    ReplyDelete