Menang contest KFC One Box, yeah I am the Wan !!!

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Seperti biasa WFH di Selangor nie sehingga 9 November 2020. Minggu depan kalau tidak sambung PKPD bolehlah masuk ke pejabat semula. Alhamdulillah sepanjang PKPD nie, walaupun duduk di rumah, kerja semua berjalan seperti biasa, cuma sibuk sedikit dengan kelas online anak yang masih berjalan, kerja pejabat, dan paling best dapat rezeki tak dijangka.


Menang contest KFC One Box, yeah I am the Wan !!! | Baru-baru ini KFC Malaysia telah adakan peraduan The Wan Box yang mana mereka mencari pemenang yang boleh selfie atau buat ayat lawak atau pun pandai main pick up lines.

#RupaWan selfies, #JiwangWan pickup lines or #FunnyWan jokes and you might just get The One Box with a special surprise. If your name has Wan in it, you could just be getting it for free! Don’t forget to tag @kfcmalaysia and set your profile to public too! Are you the Wan?

Copy paste jelah kan.. so faham kan. Peraduan dia senang saja. Jadi Fiza pun try lah nasib untung2 dapat KFC One Box. 



Jadi betullah, rezeki tidak salah alamat, selepas 3 hari penyertaan macam tu, terus dapat DM di insta. Minta jawab soalan mudah dan disusuli dengan mesej dari pihak HQ untuk urusan penghantaran KFC One Box. Teruja mestilah, lama tak join contest macam ini.  

Hantar sampai depan rumah


KFC One Box kembali dengan 6 menu istimewa


Paling best ada menu baru Cheezy Popcorn Bowl. Ala potato loaded bowl yang dulu2 tu. Ramai yang minta adakan semula menu tu kan. Berbaloi kot kalau makan. Okay back to KFC One Box.


Jadinya KFC siap bagi complete props untuk kami buat party untuk The Wan. Buatlah jugak kami 3 beranak yang ada dalam rumah ini. 3 orang makan pun memang kenyang. 






Ini adalah party yang paling mengenyangkan. Terima kasih buat KFC Malaysia kerana hadiah yang istimewa ini. Fiza tengok ramai jugak yang menang contest ini. Jadi pada mereka yang menang, tahniah diucapkan.  

Wassalam.

Post a comment

1 Comments