Resipi Sukun goreng celup tepung rangup dan mudah

Assalamualaikum. Kalau minum petang, tengok televisyen sambil makan sukun goreng memang asyik tau. Fiza penggemar sukun dan buah sukun pula bukan selalu ada. Sukun juga tidak bermusim tapi kalau ada jual tepi jalan sukun goreng celup tepung memang Fiza akan beli. Hendak buat sukun celup tepung pun tak susah. Jadi Fiza kongsikan resipinya.


Bahan-bahan
  • 1 biji sukun
  • 100 gm tepung gandum
  • 20gm tepung beras
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air - ikut kepekatan tepung
  • Minyak masak


Cara-cara
  1. Potong buah sukun, jadikan keping.
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, serbuk kunyit, dan air.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  4. Celupkan sukun yang dipotong ke dalam bancuhan tepung.
  5. Sedia untuk menggoreng. Goreng macam biasa, masak dalam bolehlah angkat.
  6. Siap untuk dihidang.

Sukun dipotong nipis

Celupkan dan gaulkan dalam bancuhan tepung

Goreng sehingga kekuningan 
  
Sedap dan rangup
Rasa dia memang sama macam beli sukun goreng tepi jalan tau. Rahsianya guna sedikit tepung beras. In syaa allah menjadi.

Selamat mencuba.

Post a comment

9 Comments

  1. sedapnya lahai.. memang favourite ni.. makan panas2 minum kopi petang2. kena plak kalau bersembang2 masa tu.. memang laju je sepinggan habis

    ReplyDelete
  2. uishh..pebret akak ni tau.Cecah pulak dengan sambal kicap..memang mengancam habis

    ReplyDelete
  3. Sedap sungguh sukun goreng ni. Jiran sebelah ada pokok sukun. Geram je nengok.

    ReplyDelete
  4. Uii dah lama tak makan sukun. Suka sangat makan sukun goreng

    ReplyDelete
  5. Sedap dimakan di petang hari bersama kopi o.

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan sukun... Best untuk minum petang ni...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya..lama tak makan.. akak pun suka sukun kalau potong nipis2 gini. Sukun beli ke pokok sendiri ni?

    ReplyDelete
  8. Suka jugak sukun goreng tapi mesti potong nipis-nipis barulah sedap kan...

    ReplyDelete