Ice Cream Wall’s Tealive Boba Milk Tea, jangan cari kat 7E je

Assalamualaikum. Katanya special edition. Patut bila cari memang susah nak jumpa. Bukan tak jumpa peti walls ais krim tu, tapi tak jumpa ais krim sebab sold out. Ice Cream Wall’s Tealive Boba Milk Tea memang sedap dan rugi kalau tak cuba.



Ice Cream Wall’s Tealive Boba Milk Tea, jangan cari kat 7E je| Punyalah nak makan, semua ceruk 7E di Sg. Buloh Fiza terjah. Bila tengok peti, tak de. Tanya cashier dah sold out. Ada yang kata lori tak hantar. Okaylah, nak buat macam mana. 

Tapi bukan kat 7E je ada. Lupa yang kat stesen minyak pun ada. Terlupa kat stesen minyak yang paling dekat dengan rumah. Tulah, duk kejar sangat 7E tu.




Bila masuk Petronas Bukit Rahman Putra, pada mulanya memang tak mengharap pun. Sekali tengok dalam peti, banyak nya.. Rembat 3 buat stok kat rumah. Satu terus makan dalam kereta.







Heavennya dapat rasa New Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. Rasa dia sama macam minum Tealive Original Pearl Milk Tea. Ada boba kenyal-kenyal. Tak sia-sia usaha mencari tanpa jemu. 

Boleh didapati di 7-Eleven, My News, Shell, Petronas, atau mana-mana peti Red Wall's berdekatan korang. Jadinya korang dah cuba ke belum? Kongsilah kat ruangan komen.

Wassalam.

Post a comment

7 Comments

  1. sedap kan aiskrim
    boba ni, akak pun dah try sebab anak-anak asyik menyebut nak aiskrim
    boba. Puas mencari baru jumpa ya fiza, syukurla dapat jugak akhirnya

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya dah rasa. saya dok cari kat putrajaya ni tak jumpa2 lagi. huhu

    ReplyDelete
  3. Makin kerap lalulalang aiskrim ni kat mana2, nampaknya kena beli jugak ni!

    ReplyDelete
  4. Memnag sedp.. Asl nampak mesti beli.. Heheh

    ReplyDelete
  5. Baru ni ada nampak kat SOGO, tingkat bawah yang area supermarket tu. Ada promosi kat situ. Melambak aiskrim ni dlm peti.Tak terpikir nak beli pdhal ramai dah share pasal aiskrim ni. Sat gi balik kerja, singgah lah jap..

    ReplyDelete
  6. Tak try lagi. Hari tu ada tengok review dia kata pahit, tu yang mematikan semangat kami nak try

    ReplyDelete
  7. Hari tu kat family mart banyak aiskrim ni.

    ReplyDelete