Penebusan Mata Keempat di Drypers Online Point Shop

Assalamualaikum. Parcel kedua yang Fiza terima adalah barangan Drypers hasil daripada pengumpulan mata. Konsepnya mudah, kumpul drypers point dan tebus barangan yang terdapat di point shop. 

Ini adalah penebusan kali keempat sepanjang 3 tahun setia dengan Drypers walaupun ada ketika Drypers buat hal sekejap, Fiza tukar jenama dan kembali semula menggunakan Drypers.

Salah satu sebab kenapa Fiza memilih jenama Drypers untuk anak-anak adalah kerana di samping kualiti lampin yang baik, drypers juga membolehkan  kita boleh mengumpul mata @ point yang terdapat dalam pek lampin. 

Parcel sampai dalam tempoh 3 minggu

Inbois penebusan

3 produk dengan jumlah mata penebusan 2550 

Drypers Baby Head To Toe with Avacado extract 750ml

Drypers Baby Bath 750ml

Drypers Baby Shampoo 750ml

Sekali tebus rasa berbaloi pula. Harga satu barang mandian pun lebih kurang RM 15.00. Kalau hendak tebus ikut nasib juga. Berapa kali out of stock masa Fiza hendak tebus. Alhamdulillah ada juga rezeki selepas beberapa kali cuba.

Antara barang hasil daripada pengumpulan point yang Fiza terima antaranya ialah Crazy Color Touch, Drypers Baby Wipes, Drypers Talcum, Drypers Baby Care Travel Pack , Connecting Game dan terbaharu koleksi barangan mandian 750ml.

Bagaimana untuk mendapatkan kod unik yang terdapat dalam pek lampin drypers? Info lanjut ada di Mana nak cari kod unik Drypers untuk Drypers Points?

Wassalam.


Post a comment

7 Comments

  1. alhamdulillah..rezeki anak2..:)

    ReplyDelete
  2. kalaulah semua pengeluar lampin bayi buat mcm ni kan bgs... ;-)

    ReplyDelete
  3. wahhh bagusnya boleh tebus mata beli produk untuk baby. Pilihan yang agak bagus ni

    ReplyDelete
  4. mommies memang tahu aja kan cara2 nak saving untuk beli barang2 stock babies.. hehehe bagus gitu kalo dapat tebus.. tebus aja kalo tak rugi jela kan =)

    ReplyDelete
  5. Ank dah besar ini, tak delah mengumpul poit drypers dah.. tapi memang berbaloi..

    ReplyDelete
  6. terbaek.. harap2 baby ejulz suka pakai drypers nanti :)

    ReplyDelete