Ladang Teh Cameron Valley Tea tempat wajib dikunjungi

Assalamualaikum. Sambungan percutian 2 hari 1 malam di Cameron Highland, dalam perjalanan untuk pulang ke Rawang, kami singgah ke  Ladang Teh di Cameron Valley Tea.  Memandangkan ini bukanlah  percutian kali pertama kami ke Cameron Highland, sekadar untuk manfaatkan cuti yang ada dan membawa Thaqif jalan-jalan ke tempat yang sejuk, jadi tak banyak tempat yang kami singgah.

Cameron Valley Tea


Cafe Cameron Valley Tea
Senyum la sikit Thaqif
Berbaring atas daun teh
Sedap la ait teh nie mama
Nikmatnya minum air sambil melihat pemandangan ladang teh

Dia buat manja kat situ pulak
Laluan turun untuk ke ladang teh


Kalau penat, jangan risau banyak kerusi disediakan di sepanjang laluan 

Cantik sangat pemandangan dari sini

Luasnya ladang teh
Berbeza dengan ladang boh, di sini pengunjung dikenakan caj RM 2.00 seorang untuk masuk dan mendekati ladang teh. Pemandangan ladang teh yang hijau memang sangat mendamaikan. Lepas bergambar, kami pun pulang. Janji niat ke sini untuk makan ice cream strawberry waffle tercapai. Jauh betul mencarinya.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments