Resepi Bayi Macaroni Cheese

Assalamualaikum.. Hari nie Fiza sediakan bekal macaroni dengan cheese untuk Thaqif bawa ke nursery. Selalunya bubur nasi. First time buat macaroni jadi keras bila sampai kat nursery. Hari nie alhamdulillah, elok menjadinya.
 Fiza nak kongsikan resepi ringkas nie yang sesuai untuk bayi 11 bulan dan ke atas. 
Macaroni untuk Thaqif
Bahan-bahan:
Pasta/ Macaroni
Air
Minyak zaitun
Puree brokoli (yang telah direbus dan diblend halus)
Cheddar cheese
Stok ayam 

Cara-cara:
1. Rebus macaroni bersama sesudu minyak zaitun. Lebih berminyak lebih elok bagi elak macaroni melekat.
2. Masukkan stok ayam bila rebusan agak mendidih. (boleh tambah isi ayam jika perlu)
3. Masukkan puree brokoli. 
4. Tos dah sejukkan. Air rebusan jangan dibuang.
5. Blend macaroni sehingga agak-agak bayi boleh telan. Masukkan semula dalam air rebusan tadi.
6. Rebus sekali lagi dan angkat bersama-sama air rebusan. (Macaroni akan nampak berkuah sedikit)
7. Letak cheddar cheese atas macaroni yang masih panas. Tutup bekas supaya ia cair. Hasilnya macam gambar kat atas.
 
Macaroni and Cheese
Yang nie mama Thaqif bawa ke pejabat. Bezanya macaroni tak diblend.
Semoga bermanfaat.

Post a comment

7 Comments