Taklimat Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum.. Hari nie syarikat kami menganjurkan taklimat zakat untuk semua kakitangan syarikat dengan kehadiran penceramah daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu En. Wira.

Hujung-hujung tahun nie pasti ramai yang ingin membayar zakat pendapatan dan syarikat telah mengambil inisiatif untuk membantu kakitangan membuat potongan zakat secara bulanan. 

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga kami melaksanakan potongan zakat pendapatan kerana zakat adalah wajib bagi yang berkemampuan dengan kadar yang telah ditetapkan.

Penceramah daripada Lembaga Zakat Selangor 

Taklimat macam memang Fiza rasakan sangat bagus kerana ia dapat merungkai segala masalah dan persoalan yang selama ini kita pun tidak tahu bahawa zakat pendapatan adalah wajib dibayar mengikut kadar tertentu.

Booklet untuk rujukan 

Borang kebenaran potongan gaji (Skim Berkat)

Cenderahati comel nie Fiza dapat lepas hantar borang

Segala persoalan dan kemusykilan boleh berhubung dengan kakitangan lembaga zakat di http://www.zakatselangor.com.my/.  Info mengenai zakat juga boleh diperolehi dari laman web tersebut.

FB: LembagaZakatSelangor

Wassalam.

Post a comment

2 Comments