Lawatan syarikat ke Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi bernafas hingga ke detik ini. Harap kawan-kawan yang baca blog Fiza hari ini diberikan kesihatan yang baik dan sihat sejahtera.
Minggu Sabtu lepas pada 19 Disember 2015, kami telah berkunjung ke rumah anak yatim Rumah Amal Siraman Kasih yang terletak di Country Homes, Rawang. Ini adalah sebagai sebahagian daripada aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh syarikat.
Kunjungan kami pada hari itu secara kebetulan tidak dapat bertemu dengan anak-anak yatim kerana mereka dijemput untuk menghadiri kenduri.
Rumah teres dua tingkat (perempuan)
Barang-barang yang diperlukan
Thaqif pun ikut mama ke sini  
Kakitangan yang hadir
Semoga dengan sedikit sumbangan dapat menggembirakan anak-anak yatim yang ada. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan, boleh berbuat demikian dan alamat seperti di bawah:
Rumah Amal Siraman Kasih,
No. 2, Bandar Country Homes, 
Jalan Desa 13/5, Rawang, Selangor.
Puan Fauziah bt. Che Hashim (016-3313513)
Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. alhamdulillah. sekali sekala wat kerja amal ni best juga... ^_^ hye fiza .. lama xlepak sini

    ReplyDelete
  2. Sedikit sebanyak happy lah anak2 yatim tu :)

    ReplyDelete