Majlis Cukur Jambul, Bertahnik dan Berendoi buat puteraku


Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Lama dah update cerita nie tapi pending sebab takde gambar kat Fiza. Maka, pada 20 April 2015 lalu, telah berlangsung Majlis Cukur Jambul, bertahnik dan berendoi untuk baby Fiza, Muhammad Thaqif Khalaf. Kami sepakat untuk buat kampung  suami, Tanah Merah, Kelantan. 




Majlis juga dibuat sekali dengan bertahnik atau bahasa kampungnya belah mulut. Tahnik bermaksud lelangit dalam mulut. Tujuannya adalah untuk memberi latihan awal kepada bayi agar mampu menelan makanan dan minuman. Tapi ada juga pendapat yang mengatakan supaya bayi mudah untuk bercakap apabila meningkat usia dari setahun ke setahun.

selawat sambil bayi dicukur


Bertahnik - Air Zam zam, kurma, kismis, gula batu, gula, garam dan asam keping 

Thaqif di belah mulut oleh imam kampung.
Mujur Thaqif oke, steady je dia rasa semua makanan.

Tak nak cerita panjang, kat bawah nie Fiza belanje gambar-gambar sekitar majlis. 


 
 
 

 
 
 

 
  



Majlis kecil tetapi orang-orang kampung ramai datang untuk memeriahkan majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doa kami semoga Thaqif menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.. Amin.

Wassalam.

Post a comment

11 Comments

  1. Comelnya baby thaqif...tema biru.cntik

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini Fiza....wahhh...meriah majlis cukur jambul,bertahnik dan berendoi Thaqif serba biru....semoga Thaqif membesar menjadi anak yang soleh,berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa dalam lindunganNya....amin...

    ReplyDelete
  3. baik je thaqif tak meragam ....comel je hehe...

    ReplyDelete
  4. Moga Thaqif membesar sebagai anak yang soleh :)

    ReplyDelete
  5. comel baby fiza. moga Thaqif jadi anak yg berjaya dunia akhirat amin..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar. muka fiza nampak berisi sikit. makin comel.hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnye..meriah kenduri..tahnik tu sunnah nabi lgpun. Bgusla kita amalkan.

    Jom jln2 blog akak jom..salam ukhuwah

    ReplyDelete
  8. tu yang syok buat kat kampung..tetamu ramai..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. semoga jadi anak yg soleh..

    ReplyDelete