Find us on Facebook

Ketidakselesaan Ketika Hamil dan cara mengatasinya

Assalamualaikum.. Alhamdullillah, usia kandungan Fiza telah mencecah 18 minggu.. macam2 yang Fiza dah lalui, sedang lalui dan akan lalui selepas nie. Biasanya ibu yang pregnant akan mengalami ketidakselesaan badan.. tetapi itu yang Fiza kene hadapi dan hanya berdoa pada Allah untuk dipermudahkan segala urusan baik di rumah atau di pejabat.
google image

Berikut merupakan antara ketidakselesaan yang mungkin korang akan alami ketika pregnant dan cara mengatasinya:

1.Perubahan Payudara.

Kebanyakan wanita hamil akan merasakan perubahan kepada payudara mereka. Saiz payudara akan meningkat disebabkan saiz kelenjar susu dan tisu lemak yang membesar dan akan menyebabkan payudara lebih pejal dan lembut. Mungkin pada trimester ketiga cecair kolostrum akan mengalir keluar sedikit.

Apa yang boleh membantu ialah memakai bra yang mempunyai sokongan yang baik dan meletakkan pad pada bra bagi menyerap kolostrum yang mengalir keluar.

2. Keletihan.

Keletihan merupakan perkara normal ketika hamil kerana bayi yang membesar di dalam rahim memerlukan tenaga lebih. Kadang-kadang ia merupakan petanda bagi anemia (kadar iron rendah dalam darah) yang mana normal semasa hamil.

Apa yang boleh membantu ialah pastikan rehat yang mencukupi, jika boleh buat jadual tidur agar tidur yang lebih teratur, kurangkan kerja berat dan melakukan senanam sederhana bagi meningkatkan tahap tenaga.

3. Sakit Belakang.

Wanita hamil sering mengalami sakit belakang kerana tekanan fizikal membawa bayi dalam kandungan, perubahan tahap hormon dan juga perubahan postur badan. 

Terdapat beberapa cara yang boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan.
  • Jangan memakai kasut bertumit tinggi seeloknya tapak rata.
  • Elakkan mengangkat barangan yang berat.
  • Elakkan berdiri dalam tempoh yang lama.
  • Duduk dikerusi dengan sokongan belakang yang baik.
  • Tidur disebelah kiri atau kanan dengan bantal antara kaki untuk sokongan.

4. Morning Sickness.

Ramai wanita hamil mengalami rasa loya dan muntah-muntah, keadaaan ini dipanggil morning sickness. Walaupun dipanggil morning sickness kerana loya adalah lebih biasa pada waktu pagi dan pada peringkat awal kehamilan, ia boleh berlaku pada bila-bila masa, atau mana-mana peringkat kehamilan.

Cadangan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan morning sickness.
  • Makan beberapa hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar untuk mengelakkan dari dari perut kosong.
  • Jangan berbaring selepas makan.
  • Makan makanan yang kering seperti bijirin, roti bakar atau keropok sebelum turun pagi.
  • Elakkan minum air dalam kadar yang banyak pada satu masa.
  • Elakkan dari bau yang menggangu anda.

5. Sembelit.

Ramai wanita hamil mengadu masalah sembelit. Tanda-tanda seseorang mengalami masalah sembelit ialah najis keras dan kering, kurang dari tiga buang air besar seminggu, dan buang air besar yang menyakitkan.
Tahap hormon yang lebih tinggi ketika hamil melambatkan proses penghadaman. Selain itu, tekanan rahim yang berkembang terhadap usus boleh menyumbang kepada masalah sembelit.

Apa yang boleh dilakukan ialah minum air yang banyak, makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, dan melakukan senaman fizikal yang sederhana.


6. Pedih Ulu Hati & Ketidakhadaman.

Hormon dan tekanan rahim menyebabkan ketidakhadaman atau senak dan pedih ulu hati. Percernaan wanita agak perlahan ketika hamil dan menyebabkan berasa kembung perut.Tekanan rahim juga menyebabkan asid naik ke perut dan menyebabkan pedih ulu hati.

Antara pencegahan yang boleh dilakukan ialah:
  • Makan beberapa hidangan kecil berbanding 3 hidangan utama.
  • Makan perlahan-lahan.
  • Minum air antara waktu makan- tidak dengan makanan.
  • Elakkan buah-buahan limau atau jus dan makanan pedas.
  • Jangan makan atau minum dalam masa beberapa jam sebelum tidur.
  • Jangan berbaring sejurus selepas makan.

7. Mengidam Makanan.

Sesetengah wanita mengidam sesuatu makanan ketika hamil. Tiada alasan yang saintifik mengenai hal ini. Ada yang mengatakan bahawa mengidam makanan ketika hamil disebabkan badan kekurangan zat makanan yang diidamkan seperti susu(sumber kalsium), tomato dan oren (sumber vitamin c) dan ikan (sumber protein). Ada juga mengatakan bahawa mengidam makanan disebabkan inginkan perhatian yang lebih oleh suami ketika hamil. Walaubagaimanapun, perkara ini merupakan satu perkara dan pengalaman yang menarik dan unik yang dialami oleh wanita hamil.

sumber

Bila masuk trimester kedua nie, Fiza alami pedih ulu hati yang agak perit juga,, makan sikit pun pedih dan kerap rasa macam makanan tak hadam dalam perut.. 

Disebabkan ia adalah perkara biasa, tak de la risau sangat.. cuma kene amalkan cara pemakanan yang betul dan seimbang...

Orang tua2 pesan kalau pedih ulu hati, ambil seketul ais dan mamah dalam mulut.. sebab tu sekarang nie Fiza kerap makan ais krim.. sebab nak kurangkan pedih ulu hati.. 

Wassalam..

Post a Comment

17 Comments

  1. tahniah fiza, akak baru tau ni... congrats congrats, tumpang happy, jaga diri baik2 yer...

    ReplyDelete
  2. saya suka baca entry pasal pegnent ni
    thanks for sharing,
    banyak tips kat sini :)

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan fiza yer...banyakkan bersabar ek fiza...^_^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fiza, semoga terus tabahkan hati melalui frasa hamil ini. hehehe tak sabar tgu junior fiza keluar. ehh fiza punya due date bila yangggg?

    p/s : rindu bawa perut. hehehe

    ReplyDelete
  5. Tq infonya fiza..mnarik memg brguna utk masa dpn.lya masih menanti org baru tpi msh blm muncul

    ReplyDelete
  6. sekarang tengah alami huaaa sakit betul serius tak selesa huhuhu

    ReplyDelete
  7. itulah masalah bagi wanita yang mengandung kan fiza..harap fiza akan melaluinya dengan tabah ye

    ReplyDelete
  8. Tahniah !! Kenapa kita baru tahu ni. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. pernah kena pedih uluhati sekali je dulu.masa kena tu rasa risau la sebab sebelum tu tak pernah kena..ingat nak mati dah masa tu..ahahhah

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan segalanya yer Fiza ^_^

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dan tahniah Fiza...semoga di permudahkan segalanya...Amin...

    ReplyDelete
  12. Hanya kaum hawa yang bisa merasakan itu semua... thanks 4share :)

    ReplyDelete
  13. Moga Allah permudahkan hidup kak Fiza ya.

    ReplyDelete
  14. semoga sihat2 sepanjang hamil tu.. jaga kesihatan ya fiza :)

    ReplyDelete
  15. Salam pagi khamis Fiza...Take care . Semoga dipermudahkan ya...

    ReplyDelete
  16. Nice sharing.. Ilmu berguna pd masa akan datang utk ana. Ngeeeee~ rinduu kak fiza. Lai lai lai~

    ReplyDelete
  17. Rndu msa prgnt kn zahra.. :)
    Take care ye..

    ReplyDelete