Menyatukan komuniti dengan hidangan lebih mudah & sempurna bersama pempengaruh popular Malaysia

Sempena Ramadan tahun ini, Perfect Italiano tampil dengan inisiatif istimewa menerusi pelancaran trak makanan khas buat julung kalinya. Trak ini akan menjelajah bazar Ramadan dan lokasi moreh di masjid sekitar Lembah Klang, membawakan hidangan berasaskan keju yang lazat kepada orang ramai.
Bermula hari ini hingga 12 Mac, trak Perfect Italiano akan mengedarkan hidangan percuma yang ringkas dan menyelerakan untuk dinikmati ketika berbuka puasa dan moreh. Setiap hidangan ini memperlihatkan bagaimana keju Perfect Italiano menjadikan rasa hidangan tempatan lebih kaya, serta tampil lebih memikat dan memuaskan. Lebih daripada sekadar sajian, inisiatif ini meraikan semangat kebersamaan – melalui penyertaan di bazar dan masjid terpilih, Perfect Italiano bukan sahaja mendekati komuniti setempat, malah memberi inspirasi kepada keluarga untuk menghidangkan menu berbuka dan moreh dengan cara yang lebih mudah & sempurna di rumah.
Bagi memeriahkan lagi suasana di beberapa lokasi terpilih, pempengaruh kegemaran ramai seperti Hazeman Huzir, Akiejack dan Mark Warn akan turut hadir bersama trak Perfect Italiano. Kehadiran mereka dijangka menambahkan keterujaan di lokasi serta menghangatkan perkongsian di media sosial.
Inisiatif Ramadan ini akan berlangsung di lokasi-lokasi berikut:

Untuk maklumat terkini mengenai jadual jelajah serta waktu dan tarikh kemunculan pempengaruh, sila ikuti Dairylicious Malaysia di Facebook di www.facebook.com/DairyliciousMY/, TikTok di www.tiktok.com/@dairyliciousmalaysia dan Instagram di www.instagram.com/dairyliciousmy/.

0 Comments