Find us on Facebook

NIKMATI SAJIAN BUFET YANG LAZAT DI SELANGOR!

6 Hotel di Selangor yang Menawarkan Pengalaman Gastronomi yang Luas di bulan Ramadan


Bulan suci Ramadan telah kembali dan tiba masanya untuk menikmati juadah bufet di negeri Selangor. Mari menjelajah pengalaman gastronomi, di samping berkumpul bersama yang tersayang. Nikmati juadah tempatan yang ikonik serta juadah antarabangsa bersama keluarga serta rakan-rakan anda!


Le Meridien Putrajaya

Nikmati pengalaman gastronomi yang disajikan di Le Meridien Putrajaya dengan masakan istimewa Ramadan dan hidangan tempatan asli! Disediakan oleh chef terkemuka, Le Meridien Putrajaya menyediakan hidangan terbaik di bufet Destinasi Rasa mereka!


Avante Hotel

Dihidangkan oleh Chef Arih bin Ahmad, sajian di Hotel Avante akan membawa anda mengimbau kenangan indah dengan masakan ibunda iaitu Daging bakar masak lemak; masakan ikonik dari Negeri Sembilan serta Kambing Golek, Rendang Ayam, Ketupat Palas, Satay dan GearBox. Bufet Santapan Rasa Sayang pastinya akan mengingatkan anda kembali kepada kenangan indah di hari raya!


Cyberview Resort & Spa

Dengan lebih daripada 15 gerai, Bufet Warisan Rasa di Cyberview Resort & Spa menawarkan masakan kegemaran Melayu, Cina, India, Itali dan lain-lain, dilengkapi dengan lebih daripada 250 menu yang ditawarkan. Keistimewaan Cyberview Resort & Spa, Deep Fried Homemade Crispy Durian Rolls juga boleh didapati kali ini dengan pelbagai hidangan lazat untuk kanak-kanak. Bufet ini harus dikunjungi bersama keluarga!



Eastin Hotel Kuala Lumpur

Icip-icip Kampungku oleh Hotel Eastin kembali tahun ini dengan harga serendah RM 190 seorang. Dengan lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dan 18 gerai dengan masakan secara Live, buffet ini menyajikan pelbagai hidangan, pastinya harus dikunjungi sepanjang Ramadan ini! Juadah istimewa mereka seperti Kambing Bakar yang disumbat dengan Nasi Briyani, Sup GearBox dan Nasi Ulam Kukus Daun Teratai boleh didapati sepanjang bulan Ramadan.


Avani Sepang Goldcoast Resort

Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan pelbagai juadahantarabangsa dan tempatan yang enak termasuk Ayam Percik Panggang, Rendang Tok, Gulai Daging Salai Rebung dan Ikan Patin Masak Tempoyak. Dengan muzik Ghazal secara langsung dan dikelilingi oleh pantai Bagan Lalang, pelanggan akan merasai pengalaman berbuka puasa yang tenang dengan pengalaman gastronomi yang istimewa di Restoran Bila-bila mereka!



Hotel Grand Barakah

Dapatkan tawaran bufet Ramadan di Hotel Grand Barakah dengan harga serendah RM 78 sepanjang Ramadan sehingga 20 April 2023. Berkonsepkan mesra Muslim, pelanggan akan diiringi persembahan Ghazal dan Tazkirah pada bulan Ramadan ini. Manjakan diri dengan pelbagai hidangan tempatan seperti pulut kuning, nasi impit dan lontong, yang pastinya akan mengimbau kenangan di Hari Raya!



PENUTUP

Malaysia kembali dengan tawaran gastronominya yang meluas sepanjang Ramadan. Bulan mulia ini tidak lengkap tanpa berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di pelbagai pilihan bufet Ramadan. Daripada masakan tempatan kepada hidangan antarabangsa yang unik, Selangor menawarkan semuanya untuk anda! Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan ke Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. 

#PusingSelangorDulu

Post a Comment

0 Comments