Find us on Facebook

Taksir sendiri jumlah zakat yang perlu ditunaikan melalui Aplikasi Zakat Selangor

Assalamualaikum. Alhamdulillah sekali lagi Fiza berkesempatan untuk berkongsi bab zakat dengan para pembaca setia blog ini. Kadang-kadang kita nak bercerita dari mulut ke mulut nie macam tak sampai je pada kawan-kawan kita. Cerita pula bab zakat. Mesti ingat kita nie pandai-pandai buat cerita. Manusia kan. 


Yang dorang tahu zakat fitrah je. Cuba tanya kawan-kawan kita, mesti dorang tak pernah terlepas bayar zakat fitrah. Sebab apa? Sebabnya Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Dengan kata lain, bila masuk bulan Ramadhan dah sibuk nak bayar zakat fitrah.

Taksir sendiri jumlah zakat yang perlu ditunaikan melalui aplikasi Zakat Selangor | Untuk berikan lebih pemahaman terhadap jenis Zakat, Zakat sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah tu memang tak perlu cerita dah. Yang Fiza nak sentuh adalah bab Zakat Harta. 

Zakat Harta pula terbahagi kepada beberapa jenis sebagaimana berikut:-
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Pelaburan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Takaful
  • Qada Zakat
"Haaa banyaknya jenis zakat". "Tapi rasanya kita tak layak kot sebab gaji pun sikit, tanggungan pun banyak".. "Dapat duit KWSP RM10,000 tu pun nak kena zakat ke?" "Emas semua kita pakai, tak perlulah bayar zakat" - Ini ayat yang selalu terkeluar dan bermain kat fikiran, betul tak?

Sebab itu taksir zakat ini penting. Nak tahu kita wajib bayar zakat harta atau tidak, berapa jumlahnya, mari kita buat tafsir zakat.



Cara Taksir Zakat KWSP

Ambil contoh mudah bila kita terima Wang KWSP. Wang tersebut diwajibkan zakat serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.

Bagi memudahkan pencarum untuk tafsir zakat, mereka cuma perlu muat turun dan log masuk aplikasi Zakat Selangor melalui Apple Apps store- klik sini atau di Google Play - klik sini dan membuat taksiran zakat seterusnya melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan. 

Aplikasi Zakat Selangor


Contoh seperti di bawah nie, nilai pengeluaran yang kita dapat, cuma key in je dalam aplikasi yang LZS sediakan. Bila sudah dapat jumlah yahg dikenakan zakat, boleh bayar terus melalui Aplikasi Zakat Selangor.

Contoh pengiraan Zakat KSWP menggunakan kalkulator 
yang disediakan



Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ)

Disebabkan ramai yang membayar zakat fitrah namun bagi jenis - jenis zakat yang lain masih dikhuatiri status bayarannya. Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga telah melancarkan Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) pada 23 Jun 2022 yang lepas bagi menggalakkan masyarakat mentaksir sendiri jumlah zakat perlu ditunaikan.


Objektif kempen ini antaranya : 
  • Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  • Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  • Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Kira dan Bayar Zakat sudah, bagaimana dengan Semakan Rekod?


Pihak LZS amat memahami situasi ini. Penyata zakat yang telah pembayar zakat tunaikan amat penting sebagai rekod untuk pelbagai urusan. Oleh sebab itu, LZS telah menyediakan platform penyimpanan dan semakan rekod buat pengeluar zakat melalui e-zakat online (EZO) di laman web https://ezo.zakatselangor.com.my.


Sempurnakan Zakatmu, Jom Taksir Zakat !

Sempena Bulan Taksir Zakat yang sedang berlangsung pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022, jom rebut peluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik yang mana hadiah utama berupa Yamaha Lagenda 1152 F1. Bukan itu sahaja dengan mengimbas kod QR di poster di bawah pun, taksir zakat dan korang berpeluang untuk menebus baucer selagi stok masih ada.



Jom taksir zakat sebelum 31 Julai 2022 dan menangi hadiah menarik! Laksanakan kewajipan korang, manfaat dan ganjaran di dunia dan akhirat.

Sertai peraduan Jom Taksir Zakat di https://jom.zakatselangor.com.my/


Perkongsian Agihan Wang Zakat

Menjawab persoalan Netizen di media sosial yang kebanyakkannya ragu-ragu dengan ketelusan zakat dan ada yang menuduh pusat zakat tidak proaktif dan tidak bersungguh-sungguh dalam mencari golongan asnaf dan fakir miskin.

Apa yang perlu kita faham di sini adalah LZS menerima berpuluh-puluh permohonan zakat dan mereka juga perlu berjumpa asnaf dan turun untuk membuat siasatan bagi pastikan kesahihan data maklumat yang diberikan.

Zakat Selangor Bantu Membiayai Pinjaman Perumahan Asnaf Fakir Dan Miskin

Tanjung Karang – Zakat Selangor mendapat berita sebuah keluarga asnaf miskin telah kehilangan kedua ibu bapanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik link Ringkasan Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2021 di https://www.zakatselangor.com.my/.../laporan-aktiviti-zakat/





Berzakat kini lebih mudah dengan Aplikasi Zakat Selangor

Tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat. Kempan BTZ dengan tagline "Sempurnakan Zakatmu" akan dijadikan amalan pada setiap bulan Jun setiap tahun dalam kalangan masyarakat agar tanggungjawab zakat tidak dilupakan.

Nak kira atau bayar zakat kini sangat mudah melalui aplikasi Zakat Selangor nie. Semuanya lengkap dan tak perlu lagi beratur panjang di cawangan terdekat! Muat turun aplikasi di https://jom.zakatselangor.com.my. Jom tunai zakat bersama LZS dan boleh semak rekod online je lepas nie!

#ZakatSelangor #SempurnakanZakatmu

Post a Comment

4 Comments

  1. Senang ada apps dah kan Fiza..

    ReplyDelete
  2. Ramai takut byr zakat sbb takut miskin... Padahal sebaliknya bila berkat lg la sentiasa cukup

    ReplyDelete
  3. Bagus dia buat kempen mcm ni. Sambil taksir sambil dapat hadiah

    ReplyDelete
  4. info yang bagus ni fiza. skg pun bila ada app mmg memudahkan

    ReplyDelete