Master Pasto Spaghetti hanya panaskan dan sedia untuk dimakan

Assalamualaikum. Memandangkan anak-anak Fiza kedua-duanya suka makan spegeti, memang kebetulan sangat Fiza diperkenalkan dengan spegeti segera jenama Master Pasto keluaran Lioco Food Industries Sdn. Bhd. 



Pasta Master Pasto hanya panaskan dan sedia untuk dimakan | Kalau korang pernah memasak spegeti tidak kisahlah untuk diri sendiri atau kelaurga, mesti korang sudah tahu merebus spegeti selalunya memakan masa yang agak lama. Kalau rebus sekejap, kita pula susah hendak kunyah. Bila terlalu lama spegeti jadi lembik dan tidak sedap. Pendek kata memang leceh betul bab hendak merebus pasta terutamanya spegeti.
Master Pasto adalah produk ready to eat dan selamat kerana semua bahan yang digunakan dalam hidangan adalah semulajadi dan menjadikan hidangan pasta yang lazat. Ia tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan boleh disimpan dalam suhu bilik. Masa untuk pemanasan semula pasta hanya mengambil masa kurang dari 3 minit Paling penting, ia adalah produk yang HALAL.



Sebagai permulaan Fiza telah mendapatkan 3 pek Master Pasto dengan tiga citasara iaitu Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan Spaghetti Mushroom Cream Sauce.

Fiza memilih untuk memanaskan spegeti menggunakan microwave
Panduan pemanasan dengan 2 kaedah berbeza
Hanya 1 minit spegeti sedia untuk dimakan 
Dengan adanya Master Pasto, kerja Fiza hendak menyediakan spegeti memang sangat mudah. Tambahan pula dengan menggunakan microwave. Hanya 1 minit spegeti siap untuk dimakan. Alahai senangnya.

Spaghetti Mushroom Cream Sauce
Hasil Spaghetti Mushroom Cream Sauce
Lazat dan Fiza sangat menggemari rasa sos krim yang sangat pekat
Spaghetti Aglio Olio with Chicken
Hasil Spaghetti Aglio Olio with Chicken
Rasanya sedikit pedas, boleh nampak cili tu kan, tapi tetap sedap
Spaghetti Bolognese with Chicken
Hasil Spaghetti Bolognese with Chicken
Ini memang kegemaran ramai, rasanya yang masam-masam manis memang lazat
Thaqif memang peminat setia spageti

 

Mesti korang makin teruja untuk mendapatkan produk keluaran Pulau Pinang ini kan? Master Pasto sememangnya boleh dibeli dan didapati di Malaysia. Ia adalah makanan halal Malaysia yang terbaik dan sangat sesuai untuk dijadikan cenderahati dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sangat sesuai untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti mendaki bukit atau pun travelling kerana ia boleh dipanaskan juga menggunakan rendaman air panas.



Korang jangan risau kerana spegetinya sangat lembut dan sedap. Harganya juga sangat murah dan merupakan spegeti terbaik di Malaysia yang dibuat oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd. Ianya HALAL dan TANPA PERASA TIRUAN.



Untuk mendapatkan pasta enak ini, korang boleh membelinya di website Master Pasto dan untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke pautan yang disediakan di bawah.

Post a comment

4 Comments

  1. sedap oo..cik nor dah cuba..:)

    ReplyDelete
  2. sedap kan! ekin suka yang instant spaghetti aglio olio tu sebab dia pedas.. hehehe

    ReplyDelete
  3. senang sungguh nak sediakan pasta dari master pasto ni kan

    ReplyDelete