Suasana dan kemeriahan sambutan Hari Raya pada 1 Syawal 1439H

Assalamualaikum. Semalam Fiza kembali bertugas seperti biasa setelah 2 minggu bercuti. Dalam sejarah Fiza dapat cuti raya sampai 2 minggu. Puas jugak duduk kampung tapi suasana di kampung tak sama dengan di sini. 

Raya pada tahun ini Fiza sekeluarga sambut di rumah mertua di Tanah Merah, Kelantan. Tema kami tahun ini warna Purple. Kali ini memang sedondon habis sebab kain kami yang pilih corak dan warna.

Fiza postkan gambar pada hari raya pertama. Meriah bila semua adik beradik ipar berkumpul. Pertama kali juga dapat bergambar dengan kehadiran seluruh ahli keluarga.

Dedi, Mama, Thaqif dan kehadiran orang baru Baby Huwainaa

Cucu sulong bersalaman dengan Tok Bah.

Famili mertua
  
Huwainaa bersama Cik Ngoh

OOTD Raya Huwainaa Khayra

 
OOTD Raya Abang Thaqif

Tok Bah bagi duit raya kat Thaqif

Huwainaa dapat duit raya terus masuk mulut.

Mama dan baby Huwainaa

Soto Ayam antara juadah air tangan yang Fiza sediakan 
untuk tetamu yang hadir. 

Selepas bersalaman sesama ahli keluarga, kami semua bergerak ke rumah saudara mara terdekat untuk beraya. Tengah hari kami pulang semula ke rumah kerana saudara lelaki perlu ke Masjid untuk solat Jumaat. Raya pun singkat sahaja tapi kepenatan macam beraya satu hari.

Walau bagaimanapun kami rasa seronok dan bersyukur sebab dapat berkumpul serta meraikan Hari Raya pada kali ini dengan kehadiran semua ahli keluarga. Alhamdulillah.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments