Find us on Facebook

Penebusan Mata Ketiga di Drypers Online Point Shop

Assalamualaikum. Selama 3 tahun, bermula dengan Thaqif dan sekarang Huwainaa pun pakai Drypers, maka point dikumpul akan menjadi lebih banyak. Ini adalah kali ketiga Fiza buat penebusan mata kerana memang Fiza kumpul mata supaya dapat redeem barang yang best. Itu yang ambil masa yang lama. 

Parcel sampai lebih kurang 2 minggu selepas penebusan

Mata terkumpul waktu sebelum penebusan berjumlah 5500. Setiap minggu Fiza akan lawat website Drypers untuk lihat barang yang menarik dan berbaloi untuk ditebus. Kadang-kadang cepat je habis stok. Semua bergantung pada rezeki dan nasib.

VTech Baby Crazy Colours Torch


Point yang diperlukan adalah 5100, memang cukup untuk ambil Crazy Colours Torch. Harga di pasaran RM 116.50. Berbaloi kalau tebus.
 
Surat penebusan




Mainan Crazy Colours Torch memang sangat menarik dengan kelipan lampu, bunyi haiwan dan melodi kanak-kanak. Sesuai untuk Thaqif dan Huwainaa. Mainan pun sangat berkualiti dan selamat untuk kanak-kanak. Bagi mommies yang masih belum tahu bagaimana untuk mengumpul mata dan di mana hendak menebus, boleh lawati website Drypers Malaysia.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. waaaa.. blh kumpul point jugak rupanya.. nanti kalau ejulz ada rezeki anak sendiri blh la guna drypers ni.. hehe.. Insyaallah..

    Terima kasih kerana sudi singgah di teratak kecil ejulz yang x seberapa :)
    1. Senarai Pengomen Tegar APRIL 2018

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... salam kenal dr SISHAWAdotcom. 1st time dtg sini terus follow.... dan utk brg baby tu mmg comellll ... cuma sis pakaikan petpet pd anak =D

    ReplyDelete