Pengalaman bercuti di Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum. Sempena menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-7, kami telah memilih Grand Lexis Port Dickson sebagai destinasi percutian singkat bersama anak-anak. Kami pilih Grand Lexis Port Dickson sebab penginapan bersama private pool. Memang idaman setiap famili kalau bercuti mesti nak mandi kolam kan. 

Grand Lexis Port Dickson

Persiapan awal sekali adalah dengan membuat tempahan hotel di laman sesawang Agoda. Tempahan dibuat 2 minggu awal kerana waktu tersebut adalah cuti sekolah. 

Wajib bawa pelampung anak-anak


Sandwish bekalan dalam perjalanan


Bekalan dari rumah, panaskan guna microwave

Sebelum hendak menempah pastikan korang faham bilik-bilik yang ada di Grand Lexis Port Dickson. Untuk lebih fahaman, Fiza akan terangkan serba ringkas. Grand Lexis Port Dickson menyediakan 3 pilihan penginapan iaitu Above the sea, Garden Living dan Sky Living.

Penginapan Above the sea menyediakan bilik di atas air yang mana korang boleh nampak air laut di bawah lantai. Bilik pula ada 4 jenis iaitu Deluxe Pool Villa, Executive Pool Villa, Premium Pool Villa dan Grand Pool Villa.

Penginapan Garden Living pula menyediakan suasana dalam taman dan bilik berbentuk townhouse. Bilik pula ada 6 jenis iaitu Grand Pool Villa (Upper unit), Grand Pool Villa (Lower unit), Grand Garde Pool Villa (Upper unit), Grand Garden Pool Villa (Lower unit), Deluxe Suite dan Premium Suite.

Penginapan Sky Living adalah bilik berkonsep appartment. Bilik pula 2 jenis iaitu Sky Pool Villa dan Sky Pool Grand Villa.

Maknanya kalau hendak tempah pastikan korang dah faham betul-betul kerana setiap bilik harga berbeza-beza. Kami memlih Garden Pool Villa yang mana rezeki kami untuk dapat lower unit. Kenapa lower unit kerana kami sekeluarga boleh berenang secara private tidak kira pagi dan malam kerana ia tertutup. Kalau upper unit kolamnya agak terbuka dan berada di atas. Kalau semua dewasa sesuai untuk ambil upper unit.

Percutian 2 hari 1 malam pada 24 dan 25 Mac 2018 akan menjadi pengalaman terindah dan akan diingati  kami sampai bila-bila. Check in bermula pukul 4 petang. Kami tiba jam 2 petang. Rezeki apabila tiba sahaja kami diberi untuk masuk awal. Perkhidmatan buggy disediakan dari lobby hotel sehingga ke depan pintu bilik. Jadi tak perlu risau kalau bawa barang banyak. Naik sahaja buggy.

Lobi hotel

Kaunter urusan penyambut tetamu dan pembayaran

Perkhidmatan Buggy yang menghantar kami terus ke depan bilik. 

Bilik kami G222

Pemandangan bilik Grand Pool Villa 

Bilik bawah

Suasana dalam taman

Kita tengok pula apa yang ada dalam bilik. Bila buka pintu wow, memang mata akan terus tertumpu ke private pool. Dengan bunyi deruan air, serius puas hati dengan bilik yang kami ambil. Letak semua barang dan mula round untuk melihat apa yang ada dalam bilik.

Pintu ke Private pool

2 buah katil Queen Size


Televisyen dengan siaran berbayar. 
Perkhidmatan Wifi juga turut disediakan


Huwainaa orang pertama yang baring atas katil


Meja tulis dan telefon


Pantri yang disediakan dengan microwave dan pemanas air

Pembancuh air 3 in 1 


Ruangan tandas


Bilik Shower


Tandas


Pemandangan daripada bilik air


Dorang dah baring, mama belum habis round lagi


Dalam almari disediakan seterika, peti besi, selipar dan robe

Peti sejuk


Toiletries


2 pasang selipar

Habis selongkar semua, masa untuk selongkar private pool pula. Jom kita tengok berapa dalam kolam ini. Sebelum itu, kalau ada anak kecil memang perlu pengawalan penuh kerana kolamnya memang dalam iaitu mencecah 4 kaki.






Mama bersama anak kesayangan Thaqif dan Huwainaa

Puas hati dengan bilik yang kami dapat. Ini baru cerita check in. Ada lagi cerita menarik sepanjang berada di Grand Lexis Port Dickson. Sampai mestilah kita round-round di luar bilik pula. Nantikan entry yang Fiza akan tulis seterusnya. 


Wassalam.

Post a comment

6 Comments

  1. bestnya ada private pool, takde la risau hal aurat bila nak mandi :D

    ReplyDelete
  2. waaaaa.. cantik tempat ni..

    ReplyDelete
  3. Beli mana sis nasi goreng bihun goreng yg dah siap mcmtu

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa.. One day nak pergi lah.. Tunggu settle hal covid ni..hm

    ReplyDelete
  5. Macam best je lexis ni. Ada plan juga nak duk sini nanti. Thanks sharing

    ReplyDelete