Find us on Facebook

Tiket percuma untuk menyaksikan Disney's Moana

Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada Fiza apabila berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah untuk Disney's Moana Preview Screening yang dianjurkan oleh Astro Circles dan Disney Kids Club. Pemenang diberikan 4 tiket wayang untuk menyaksikan Moana Screening di GSC One Utama beserta 1 unit  Disney Goodie Bag.

Tarikh tayangan adalah pada Ahad lepas iaitu pada 27 November 2016. Dapatlah Thaqif merasa pengalaman pertama memasuki panggung wayang. 


An adventurous teenager sails out on a daring mission to save her people. During her journey, Moana meets the once-mighty demigod Maui, who guides her in her quest to become a master way-finder. Together they sail across the open ocean on an action-packed voyage, encountering enormous monsters and impossible odds. Along the way, Moana fulfills the ancient quest of her ancestors and discovers the one thing she always sought: her own identity.



4 keping tiket edisi terhad Disney Moana


Pengalaman pertama Thaqif.

Daddy pun ada. Teman kami.

Sebelum cerita bermula.
Mujur Thaqif pandai tengok kartun. 

Tapi biasa la budak-budak, bukan hendak duduk diam.  Kalau boleh dia nak buat macam di rumah sebab kat dalam panggung pergerakkan Thaqif terbatas.

Terima kasih Disney Kids Club.

Cerita yang sangat best dan merupakan filem animasi 3D yang sangat ceria dan penuh dengan aksi.
Nak tahu apa yang terkandung dalam Goodie Bag ini. 
Fiza akan buat entry lain. 

Tayangan ini dibawa khas oleh Disney Kids Club & Astro Circle. Disney Moana bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Disember 2016. Selamat Menonton.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Filem yang Cik Nur tengah dok tunggu bila nak ke udara ni...

    ReplyDelete
  2. Habislah nanti my nephews ajak g tengok xD

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt tiket free..dpt gift lgi

    ReplyDelete