Lindungi bucu tajam dengan corner protector

Assalamualaikum.. Setelah seminggu, hari nie berkesempatan untuk update blog. Tahun baru nie, kerja di pejabat perlu diutamakan dahulu. 

Entry kali nie Fiza nak kongsikan cara Fiza lindungi bucu-bucu tajam daripada terkena kita dan paling penting untuk lindungi anak daripada terluka.

Fiza memang risau sangat dengan bucu-bucu yang ada terutamanya pada tangga dan kabinet. Tambahan pula Thaqif dah laju merangkak.. tahu je dah ada dekat bucu tangga. Memang risau sangat. 

Minggu lepas Fiza ke DIY Tesco Rawang untuk cari corner protector. Harga pun tak mahal, ikut pada saiz. Paling murah RM2.80.

Corner Protector 

DIY dengan menampal double tape yang telah disediakan 

Sesuai di bucu kabinet dapur

Melindungi bucu tangga 

Bucu kabinet TV

Bucu meja makan Fiza beli jenis span.

Bila dah pasang kat semua bucu, terasa lega sebab selama nie risau je kalau Thaqif kalau Thaqif terhantuk. Sekarang nie baru la tenang nak lepaskan Thaqif merangkak ke mana-mana dalam rumah. Sebab orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Ya, corner protector ni memang sangat-sangat penting, selagi ada segenap sudut semua kita kena lindungi...

    ReplyDelete
  2. betul tu..budak2 kalau jatuh mesti kena bucu2 ni..anak akak dua2 orang pernah terhantuk bucu meja dengan kabinet tv.

    ReplyDelete
  3. mmg bahaya ada bucu2 tajam ni. lagi2 klo ade si kecik

    ReplyDelete