Tanda-tanda bersalin

Assalamualaikum.. hari nie nak berstory sikit pasal semalam punya cerita.. semalam kat opis baby mengeras je dalam perut.. sampai nak jalan pun susah..

Malam tadi pula kebetulan sakit perut yang teramat sangat.. sampai tak boleh nak tidur.. dalam kepala memang risau.. tak kan baby dah nak keluar.. Mr. Hubby pun dah risau.. jam hampir pukul 1 pagi..daripada mengantuk terus tak jadi nak tido.. tahan sakit dekat 1 jam.. tak rasa nak ke hospital lagi sebab tak de tanda2 nak bersalin.. duduk sandar atas katil.. tenang dulu.. last2 Fiza tertidur..

Mujur bangun pagi tadi sakit sikit je.. pagi nie boleh la ke opis macam biasa tapi lambat sikit.. Bos suruh ambil MC je sbb risau due makin dekat.. tapi Fiza rasa yakin lagi nak ke opis..

Sekarang mmg dah masuk minggu ke 36.. means dah 9 bulan.. memang kene standby.. harap sangat baby keluar waktu malam sebab mama dia kerja.. harap baby faham dengan mama dia...

Tanda-tanda hendak bersalin termasuk:
  1. Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  2. Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  3. Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  4. Pembuangan najis lebih mudah.
  5. Air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
  6. Bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
  7. Anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
  8. Anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut. Sumber
Mohon dipermudahkan segalanya. sakit malam tadi pun masih teringat2 lagi.. mungkin tu yang dinamakan Kontraksi Braxton Hicks.

Wassalam..

Post a comment

6 Comments

  1. hai Fiza. Fiza kene braxton hicks cam saye aritu kot. Saye kene minggu lepas masa 34 weeks.

    Baby mengeras je. Siap sakit perut. Pastu bergerak. pastu mengeras. Risau dah ni. Tak kan awal lagi nak keluar.

    Usap2 dia, pujuk2 die. barulah dia okey.

    Skarang 35 weeks. Tq share tanda2 bersalin. Semoga urusan kita dipermudahkan. Aminn

    ReplyDelete
  2. Salam. Cikla singgah sini. Semoga dipermudahkan semuanya.. Amin

    ReplyDelete
  3. Tgk mghitung hari la ni kan fiza, hrp fiza ok

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan akak nanti ^^

    ReplyDelete
  5. semoga semuanye selamat dan dipermudahkan segalanya..
    amin..

    ReplyDelete
  6. Dah nak due ya ka? Moga Allah permudahkan segalanya ya :)

    ReplyDelete