Resipi Sup Ketam

Assalamualaikum.. 
semalam hari minggu Fiza sempat masak sup ketam yang simple dan sedap.. 
Bahan-bahan (2 orang makan): 
2 ekor ketam
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji ubi kentang dipotong dadu
sup bunjut (ada bunga lawang, kulit kayu manis)
Air
Garam
Gula
Minyak
Cara-cara:
1. Kisahkan bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.
2. Masukkan air dan ketam bersama sup bunjut. 
3. Bila dah agak mendidih, masukkan ubi kentang. Rebus hingga ubi empuk.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak masukkan ajinomoto sikit pun boleh. Nak sup nampak cantik boleh masukkan daun sup.
5. Sedia untuk hidang.
Memang senang nak buat sup ketam nie.. janji bahan cukup. Fiza suka letak nasi dalam sup ketam yang banyak.. buat nasi air.. memang kenyang.. tak perlu nak makan dengan lauk lain... 
Selamat mencuba.

Post a comment

12 Comments