Petua hilangkan selulit

Assalamualaikum.. apa khabar semua.. seminggu sekali nak update blog pun susah.. mood malas memang betul mengganggu Fiza.. hehe.. sebelum keluar lunch, Fiza nak kongsikan petua hilangkan selulit cara tradisional.. caranya dengan menggunakan serbuk kopi.. berkesan ke?

selulit digambarkan seperti kulit buah oren
 google image

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

balik nanti nak cuba la.. serbuk kopi campur sedikit air.. lumurkan pada bahagian yang berselulit tu... 

google image
wassalam..

Post a comment

6 Comments