Percutian ke Pulau Langkawi : Aktiviti Mangrove Tour di Kilim Geoforest Park dan menikmati seafood di Restoran Tanjung Rhu Terapung

Assalamualaikum.. Hari ketiga kami di Pulau Langkawi dan hari terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat ambil pakej Mangrove Tour.

Kami dibawa bot menyusuri kawasan paya bakau. Sepanjang perjalanan tu, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati antaranya melawat Kilim Geoforest Park, gua Kelawar dan gua buaya, singgah kawasan ternakan kolam ikan sangkar, melihat kawasan paya bakau singgah makan tengah hari di atas restoran atas air. Semua bergantung pada pakej yang ditawarkan.

Sesi taklimat oleh pemandu pelancong 

Pic 1

 Pic 2

Kilim Geoforest Park

Kilim Geoforest Park

Kawasan Fish Farm, macam-macam ternakan ikan sangkar ada di sini

Suami pegang Belangkas

Memberi makan ikan pari.

Sesi bagi makan monyet.. jinak tau.. 

Waktu tengah hari kami dibawa ke Restoran Tanjung Rhu Terapung. Makanan akan disiapkan mengikut penumpang sesebuah boat. Tak perlu bayar sebab semua dalam pakej. Daripada tak kenal antara satu sama lain, jadi akrab bila makan satu meja beramai-ramai.

Restoran Tanjung Rhu Terapung

Tunggu makanan dihidang

Lepas makan kita posing jap..

Destinasi terakhir adalah Andaman Sea, ikut kata pemandu pelancong, ia dah berdekatan dengan sempadan Thailand. Pulau kecil yang sangat cantik dan terpencil.


Cantik betul pulau ini 


Bot yang bawa kami ke sini

Habis sahaja aktiviti, kami terus bergegas untuk mengemas barang untuk pulang. Flight kami dijangka berlepas jam 3 petang. 


 Pemandangan waktu petang

Alhamdulillah kami tiba dengan selamat sejam kemudian

Tunggu kenderaan untuk pulang ke rumah

Begitulah cerita percutian kami 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Walaupun cuti tidak lama tetapi kami dapat melakukan pelbagai aktiviti di sana. Yang penting adalah pengurusan masa kerana cuti kami tidak panjang.

Percutian di Pulau Langkawi adalah kenangan manis dalam hidup Fiza dan tidak akan dilupakan. Kalau dipanjangkan umur, In syaa Allah kami hendak ke Pulau Langkawi lagi sebab banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang dilawati. 

Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan Fiza, diharap dapat memberi panduan kepada mereka yang pertama kali hendak ke Pulau Langkawi.

Wassalam.

Post a comment

0 Comments