KRAVE KOFFEE minuman kopi yang dibrew segar dengan penghantaran terus ke rumah

Assalamualaikum. Sekali sekala nak juga merasa kopi ala cafe kan. Kami laki bini memang peminat kopi, pantang dengar kopi baru mesti nak rasa dan cuba. Tambah pula situasi WFH, kalau kena kopi barulah rasa otak nie segar nak buat kerja sambil layan karenah anak di rumah.

Cari punya cari, terjumpa satu kopi nie, siap boleh hantar ke rumah dan untuk permulaan ini mereka memulakan servis penghantaran area Klang Valley. Apa lagi memang terus on la order online kat KRAVE KOFFEE.



KRAVE KOFFEE minuman kopi yang dibrew segar dengan penghantaran terus ke rumah | Menariknya Krave Koffee ini dibrew dari biji kopi terbaik, minuman terbaik dan barista terbaik yang mereka ada. Tak nak cerita panjang, Fiza nak share apa yang Fiza dah order dan rasa. Kami sepakat untuk rasa

☕️1 x Cold Brew White
☕️1 x Cold Brew Black
☕️1 x Superblack
☕️1 x Superlatte
☕️1 x Hot Mocha
☕️1 x Hot Latte
☕️1 pair ELIXIR (2 bottles) - (2 botol) boleh diminum terus atau dicampur dengan ais


Delivery terus ke rumah


Kopi idaman penggemar kopi, botol dia memang cantik


Tengok botol-botol dia pun dah menarik kan. Belum tahu lagi rasa dia. Sebelum pekena yang botol-botol tu kita pekena 12oz large coffee cup dulu. Sebabkan waktu sampai tu dah kurang panasnya, maka Fiza masukkan dalam microwave. No prob, keluar microwave, kacau-kacau sikit, dan rasa. Memang terangkat rasa Hot Mocha dan Hot Latte dari Krave Koffee nie. Sedap tau, tak tipu.


Hot Mocha dan Hot Latte


Untuk Superblack dan Superlatte boleh je nak minum macam tu atau pun sejukkan dalam peti, macam tu jugak Cold Brew White dan Cold Brew Black.

Superblack memang kaw rasa pahit dia. Orang laki memang suka minum kopi pekat gini. Jadi kalau korang pun suka kopi pekat, boleh cuba Superblack. Fiza minum sikit je, bukan tak suka, tapi bukan taste Fiza. Lagi suka Superlatte. Ada rasa lemak-lemak manis sikit. Terbaik betul.


Superblack dan Superlatte


Cold Brew White dan Cold Brew Black


Double Espresso pun menarik bila dijual dalam bentuk botol kecil begini. Satu botol nie mengandungi 60ml Espresso. Nak buat latte sendiri tak susah, just tuang je Espresso. Nak minum gitu pun boleh kalau korang tahan pahit dia, atau tambah ais. Boleh jadi barista kat rumah je kalau ada Double Espresso.

Cuba try letak dalam fresh milk. Rasa dia susah nak cerita, betul-betul sedap dan apa yang Fiza boleh bagitahu, memang korang wajib cuba.


Double Espresso ELIXIR


Jatuh cinta dengan KRAVE KOFFEE


Super Black dengan rasa pahit yang pekat


Campurkan dengan susu untuk buat latte sendiri


Super Latte betul-betul menepati selera Fiza


Yang panas boleh minum terus, yang sejuk boleh kita simpan dalam peti sejuk dulu. Esok-esok pun boleh minum.

KRAVE KOFFEE adalah alternatif terbaik yang menawarkan kopi gourmet premium dengan harga yang berpatutan. Kalau korang rasa tergoda dengan apa yang Fiza cerita nie, jangan buang masa lagi, order sekarang di www.kravekoffee.com/gift 

Untuk waktu ini, mereka hanya sediakan khidmat penghantaran di sekitar Lembah Klang, nanti mereka akan naik taraf lagi bagi lagi ramai penggemar kopi dapat rasa keunikan kopi KRAVE KOFFEE ini.

Order sekarang (7 pagi hingga 5 petang setiap hari):

Post a comment

6 Comments

  1. bestnya ..minum masa sejuk tu ..best2 ...

    ReplyDelete
  2. lama tak minum kopi, teringin sanagt tapi tengah pantang. Lepas pantang kena rasa juga

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya air kopi minum sejuk-sejuk tu nampak menarik sangat dan teringin nak cuba kopi nih tak pernah try lg

    ReplyDelete
  4. Wah packaging dia lawa.. Yg penting dia dh siap brew.. huhu. Shad jarang minum coffee, Sejak2 kebelakangan ni, suka pulak. Layan yg black punya.. Best..

    ReplyDelete
  5. Tengok pun tahu sedap..walaupun jarang minum coffee tp rs nk cubalah..botol dia pun lawoo blh guna bt hiasan

    ReplyDelete
  6. Wow best nyer, i suka kopi and jap i pun nak cuba kopi Krave Koffe ni

    ReplyDelete