Find us on Facebook

Perodua Aruz Electric Blue 1.5 Advance pilihan hati

Assalamualaikum. Dari MYVI Advance bertukar ke Aruz Advance. Memang rezeki apabila suami berhasrat untuk menukar kereta yang lebih besar. Pada mulanya agak sedih untuk tukar MYVI yang baru sahaja Fiza gunakan selama 4 tahun. Takut pun ada bila terpaksa memandu kereta yang lebih besar ke pejabat.

Telah dimodified dengan tambahan bumper depan dan belakang serta side steps.

Perodua Aruz Electric Blue 1.5 Advance pilihan hati | Bila fikirkan keselesaan untuk berjalan jauh dengan anak-anak, tambahan bila hendak pulang ke kampung, maka hasrat menukar kereta diteruskan. Warna pilihan masih Electric Blue. Sanggup tunggu no plat yang sama dengan MYVI.

Perodua Aruz telah dilancarkan pada awal tahun 2019 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kereta keluaran perodua memang sangat diyakini. SUV tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X dan 1.5 Advance (AV). 

Pandangan belakang, lebih sporty 

Kami memilih 1.5 Advance (AV). Sudah tentu ada perbezaannya tapi tidaklah terlalu ketara. Ciri-ciri tambahan yang ada seperti 
  • Lampu utama LED dengan fungsi “Follow Me Home” dan On/Off automatik
  • Diffuser krom dan lampu kabus pada bampar hadapan
  • Kemasan krom dan hitam berkilat pada bahagian papan pemuka dan panel pintu
  • Unit utama multimedia tujuh-inci dengan Smartlink dan HDMI
  • Stereng balutan kulit, dengan butang kawalan audio dan Bluetooth untuk telefon
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Tombol gear balutan kulit
  • Perakam video digital (DVR)
  • Advanced Safety Assist 2.0 (Front Collision Warning, AEB dengan Pedestrian Detection, Front Departure Warning, Pedal Misoperation Control).
yang tiada pada 1.5X membuat kami tekad untuk memilih yang terbaik. Memikirkan alang-alang nak membeli, janji mampu bayar lagi. 

Nak cerita panjang mengenai kereta pun bukanlah kepakaran Fiza. Simpan di sini sebagai kenangan. Pada tanggal 12 November 2019, ianya menjadi milik kami sekeluarga. Kalau hendak tahu info lanjut, bolehlah layari http://www.perodua.com.my/.

Post a Comment

3 Comments

  1. wahhh cantik kereta..
    alhamdulillah.. rezeki =)

    ReplyDelete
  2. Kereta saya dah habis bayar. Tapi kitorang belum plan lagi nak beli kereta apa. Kejap nak yang ini, kejap yang itu. Last2 saya labur duit monthly yang lebih tu, nanti dah decide nak kereta apa baru keluarkan bayar depo tinggi sesiap..

    ReplyDelete