Find us on Facebook

Golden Screen Cinemas berkolaborasi dengan Kiddypedia untuk meningkatkan pengalaman pendidikan kanak-kanak melalui pengembaraan GSC Play Reel Adventure Tour!

 Kolaborasi ini menggunakan pembelajaran amali dan imersif berasaskan edutainment untuk menggalakkan penerokaan, imaginasi, serta masa berkualiti untuk keluarga di dewan GSC Play.

Pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC), menjalinkan kolaborasi dengan Kiddypedia, sebuah syarikat perintis dalam bidang edutainment kanak-kanak, bagi meningkatkan pengalaman kanak-kanak melalui pelancaran GSC Play Reel Adventure Tour – satu pengalaman imersif di sebalik layar yang menjemput kanak-kanak serta mereka yang berminat untuk menerokai keajaiban dunia pawagam dengan cara yang baharu. Kolaborasi bersama Kiddypedia ini memudahkan ibu bapa untuk membuat tempahan melalui platform mereka, seterusnya menjadikan GSC Play Reel Adventure Tour lebih mudah diakses berbanding sebelum ini. GSC dan Kiddypedia yakin bahawa pembelajaran haruslah menyeronokkan dan terbuka untuk semua.

(Kiri ke Kanan):  Mr. Pan Vui Shang, Head, Exhibition, Golden Screen Cinemas and Mr.Cavin Tan, Chief Executive Officer, Kiddypedia

Berakar umbi daripada misi yang sama untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh keseronokan bagi perkembangan kanak-kanak, kolaborasi ini memperkenalkan satu perjalanan edutainment yang mencetuskan rasa ingin tahu, memupuk kreativiti, dan menghasilkan memori abadi melangkaui sekadar filem. Dewan GSC Play yang mesra keluarga ini menjadi pentas bagi kolaborasi tersebut – menggabungkan penceritaan, pembelajaran, dan keseronokan – sementara Kiddypedia membawa pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman mereka yang unik untuk mewujudkan pengembaraan pendidikan yang tiada tandingan untuk si kecil.

“Di GSC Play, kami percaya dalam mencipta ruang yang selamat dan penuh kegembiraan agar keluarga dapat berhubung erat, dan anak-anak kecil dapat berkembang dengan baik — menghasilkan detik-detik yang jauh lebih bermakna daripada sekadar menonton wayang. Kepercayaan ini telah mendorong terwujudnya GSC Play Reel Adventure Tour — satu inisiatif unik yang mengubah pawagam kami menjadi arena penemuan dan permainan yang mendalam. Kami sangat gembira dapat berkolaborasi dengan Kiddypedia, yang mempunyai semangat untuk pengalaman pendidikan secara langsung yang selaras dengan visi kami. Bersama, kami membawa keajaiban pawagam ke alam nyata dengan cara yang menarik, memukau, dan menginspirasi minda kanak-kanak — dan ini baru permulaan. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi yang sehaluan untuk terus mencipta kenangan keluarga yang abadi.” kata Encik Pan Vui Shang, Ketua, Pameran, Golden Screen Cinemas.


Terokai bagaimana keajaiban filem dihidupkan dengan GSC Play Reel Adventure Tour! 

Direka untuk menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang menggembirakan bagi anak-anak kecil, GSC Play Reel Adventure Tour membawa kanak-kanak menerokai dunia di sebalik tabir sebuah pawagam. Mereka akan mempelajari cara membeli tiket, menemui rahsia bertih jagung unik GSC, berpeluang memasuki bilik projector, dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan, sekaligus memahami proses menghasilkan filem. Pengembaraan ini diakhiri dengan tayangan filem yang sesuai untuk seisi keluarga, serta hidangan GSC Play Meal untuk semua. Harga lawatan adalah daripada RM55 sehingga RM60 untuk setiap kanak-kanak, merangkumi aktiviti dan tiket wayang.

Antara sorotan utama:

  • Cinema 101: Pelajari tentang tiket, bermula dengan memilih tempat duduk sehinggalah membeli snek anda!
  • Popcorn Power: Saksikan bagaimana bertih jagung dibuat dan merasai kelazatannya!
  • Penyediaan Snek Panas: Pelajari bagaimana kami menggoreng nuget GSC yang sentiasa laris.Penerokaan
  • Bilik Projektor: Lihat sendiri bagaimana filem ditayangkan di skrin besar.Kit Kraf Movie Magic: Bina sendiri bingkai gambar berbentuk papan clapper.
  • Movie Time: Akhiri lawatan dengan menonton filem mesra keluarga dan GSC Play Meal di dewan GSC Play berhampiran!


“Kiddypedia sentiasa percaya bahawa pembelajaran tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Setiap ruang menyimpan peluang untuk memberi ilham, termasuklah panggung wayang. Kerjasama ini adalah manifestasi misi kami: mengubah persekitaran biasa menjadi ruang pembelajaran interaktif di mana kanak-kanak belajar melalui penerokaan, penghayatan, dan permainan. Kami amat menghargai pasukan GSC atas keyakinan mereka terhadap impak pendidikan dan kesediaan mereka menerima visi bersama ini. Lebih daripada sekadar kolaborasi, kami melihat ini sebagai satu gerakan — satu cara untuk menyalurkan pendidikan yang bermakna dan berpandukan cerita ke dalam kehidupan anak-anak melalui jalinan kerjasama yang mendalam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kiddypedia, Cavin Tan.


Dengan pelancaran GSC Play Reel Adventure Tour ke seluruh negara, kolaborasi ini merupakan titik permulaan bagi komitmen GSC dalam memperbaharui pengalaman pawagam untuk keluarga. Berganding bahu dengan rakan kongsi seperti Kiddypedia, GSC terus berusaha untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang lengkap – menggabungkan penceritaan, mengeratkan hubungan, dan keriangan. Sertai GSC Play Reel Adventure Tour bertemakan filem pertama kami yang menampilkan Lilo & Stitch Movie yang berlangsung pada hari Ahad, 1 Jun 2025 dari 10 pagi hingga 1 tengah hari di GSC IOI Mall Damansara! Tiket boleh didapati di sini: https://bit.ly/GPRATLILO 


Membawakan senyuman kepada penonton kecil dengan GSC Play Meal!

GSC Play Meal dicipta khas buat penggemar filem kecil kami. Ia didatangkan dengan snek yang enak dan mainan misteri - sesuai untuk memeriahkan lagi pengalaman menonton wayang mereka. Sama ada untuk bermain sebelum filem bermula atau menikmati snek semasa tayangan, GSC Play Meal adalah teman ideal untuk hari yang menyeronokkan di pawagam!

GSC Play Meal tersedia untuk pembelian di semua lokasi GSC seluruh negara dengan hanya RM12.90


Sila rujuk maklumat GSC Play Reel Adventure Tour di bawah:


Untuk perkembangan terkini tempahan dan lawatan, ibu bapa boleh mengunjungi laman web serta akaun media sosial GSC dan Kiddypedia seperti berikut:

Laman web: www.kiddypedia.my 

Instagram: https://www.instagram.com/kiddypedia_my  

Laman web GSC: www.gsc.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/GSCinemas/ 

Instagram: https://www.instagram.com/gscinemas/ 

X (Twitter): https://twitter.com/GSCinemas 

TikTok: https://www.tiktok.com/@gscinemas 

Youtube: https://www.youtube.com/c/gscinemas 


Post a Comment

0 Comments