Find us on Facebook

Berjaya tebus kids Fun Book Giveaway Sempena Disney Collection Photobook

Assalamualaikum. Sewaktu PKP tempoh hari boleh dikatakan banyak masa diluangkan di rumah. Antara salah satu aktiviti waktu PKP adalah ambil gambar anak. Anak makan Fiza ambil gambar, anak mandi ambil gambar, anak bermain pun ambil gambar. Yelah waktu itu banyak masa kan. Tak dapat bayang waktu berkurung dalam rumah waktu itu. 

Tapi walaupun berkurung, gambar-gambar yang Fiza ambil semuanya Fiza dah letakkan sudah abadikan dalam personalized photobook yang mana boleh dilakukan dalam handphone sahaja menggunakan aplikasi Photobook.



Berjaya tebus kids Fun Book Giveaway Sempena Disney Collection Photobook | Koleksi gambar anak-anak dari awal tahun 2020 sebelum PKP sehingga bulan Mei 2020 telah Fiza masukkan dalam  Disney Collection Photo Book yang mana album didatangkan dengan watak Disney kegemaran anak-anak. 

Sempena Disney Collection Photo Book, mereka meyediakan 1 Juta kids Fun Book Giveaway featuring Disney untuk ditebus. Sempat juga Fiza dapatkan untuk Thaqif dan Huwainaa. Thaqif minat dengan Filem Cars, jadinya gambar dia dalam Photobook Cars. Huwainaa pula Fiza buatkan dalam photobook Frozen.

Disney Pixar Cars

Disney Frozen
  
Thaqif cakap gambar dia ada dalam buku

Kemain senyum tengok muka sendiri dalam buku

Belek tak habis sampai bawa tidur

Huwainaa pun sama, sampai bawa tidur

Reaksi Thaqif dan Huwainaa seperti yang Fiza jangka. Dorang seronok tengok buku dengan wajah dorang sendiri. Ada pula watak-watak disney terselit-terselit setiap muka surat, lagilah dorang gembira.

Tak susah pun nak personalisasi sendiri sebab dah ada aplikasi Photobook yang mana kita boleh buat dengan cepat dan mudah atas telapak tangan sahaja. Satu Photobook bersaiz mini square 6″ x 6″ berharga RM 82.90. Syukur dan berbaloi dapat tebus secara percuma.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Budak-budak selalunya seronok tengok muka sendiri. hahaha!

    ReplyDelete
  2. Anak2 zaman sekarang mana ada dah album gambar macam kita dulu..kan?? semua guna photobook je. Anak2 akak dari diaorang kecik, bercuti, masuk sekolah, hari penyampaian hadiah semua ada photobook. hahaha.. Senang sikit dari album gambar. Album gambar tebai sangat..

    ReplyDelete