Find us on Facebook

Tilam dan lapik tidur bayi Hello Kitty

Assalamualaikum. Pembaca yang kali pertama berkunjung ke sini mesti masih tidak tahu bahawa Fiza adalah peminat dan penggemar Hello Kitty tetapi tidaklah terlalu obses. Kalau barang bertemakan Hello Kitty mesti Fiza akan pertimbangkan untuk memilikinya selagi tidak membazir. 

Bila tahu pregnant anak perempuan pada tahun lepas, memang perkara yang terlintas kat kepala nak belikan baju HK, tilam HK, kalau boleh nama pun HK. Itu yang nama baby Huwainaa Khayra. Opsss.

Berusaha Fiza mencari tilam baby yang ada HK. PM kat Facebook sana sini dan akhirnya ada juga penjual yang boleh ikut kehendak pelanggan. Alhamdulillah.

PM di Facebook

Tidak cukup satu, satu untuk tidur, satu lagi untuk letak di ruang tamu. Fiza cuba cari di kedai-kedai barangan bayi. Memang rezeki bila singgah kat satu butik yang terletak di Selayang, ada tilam lapik tidur Hello Kitty. Seronok sangat bila dapat apa yang dicari. Semua demi anak perempuan pertama.

Beli di butik barangan bayi

Huwainaa Khayra usia 3 Bulan

Huwainaa Khayra usia 1 Bulan

Dua-dua tilam memang selesa, yang warna pink jenis tilam dan bantal kekabu manakala yang warna biru tilam dan bantal polyester. Kekabu sangat elok untuk bayi berbanding polyester kerana polyester agak panas. Maka tilam kekabu memang Fiza gunakan untuk Huwainaa tidur malam.

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments