Find us on Facebook

Suamiku pegawai kadet PALAPES Universiti Malaya

Assalamualaikum. Mengimbau kenangan waktu belajar di universiti. Siapa sangka jodoh Fiza juga berada di situ. Tawaran untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Malaya merupaka rezeki paling tak ternilai. 

Bangga memang tak terucap bila dapat masuk UM, universiti terbaik di Malaysia. Hendak dijadikan cerita sewaktu di UM, Fiza berpeluang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang dikenali sebagai PALAPES. 

Kami ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2007 di UiTM Shah Alam
Kem latihan kami setiap hari minggu dan cuti semester
Cabaran memang besar bila menjadi kadet. Hari biasa Fiza perlu menghadiri kuliah, tutorial, kelas dan aktiviti peribadi manakala pada hari minggu wajib hadir latihan PALAPES. Masa yang ada setiap hari sepanjang berada dalam UM memang tidak disia-siakan langsung. Cuti semester pula memang dihabiskan untuk latihan dan annual camp.

Pada setiap hari Rabu pagi, aktiviti rowcall dijalankan. Kami perlu memakai uniform No.3 untuk hadir ke kuliah dan kelas. Rasa bangga juga bila dapat pakai uniform, memang jadi tumpuan bila masuk dewan kuliah. Tapi waktu itu muka hitam legam, tak cantik mana pun. Nak dapat boyfren pun susah.



Memang tak terfikir nak dapat jodoh kalau muka pun hitam. Siapa yang nak, budak-budak laki pun takut nak dekat, dorang kata perempuan kalau masuk PALAPES memang tak ayu. Tapi semua itu tak penting bagi Fiza. Pengalaman menjalani latihan sebagai kadet tidak dapat di tempat lain. Dengan menyertainya, barulah kita tahu betapa susahnya, senangnya, seronoknya dan yang paling penting pengalaman dalam berkawad dan mengendalikan senjata tak dapat dipelajari di mana-mana.

Walaupun muka hitam, masih ada juga lelaki mahu berkawan rapat dengan Fiza. Kami mula berkawan rapat ketika tahun kedua di PALAPES. Alhamdulillah jodoh kami berpanjangan sehinggalah kami ditauliahkan dan tamat pengajian. 

Malas nak cerita panjang. Sekarang sudah pun menjadi suami Fiza yang sah. Walaupun kami tidak sama pengajian, fakulti lain-lain,  datang dari Negeri yang berbeza, budaya yang berbeza tetapi PALAPES yang menemukan kami.

Sekianlah kisah Suamiku pegawai kadet PALAPES Universiti Malaya. Begitulah cerita Fiza bertemu jodoh dengan suami.

Waasalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. kurusnya faizul
    lain gila la korang nie

    ReplyDelete
  2. slim kn kami..hehe..ble la nk kembali slim cm dlu..cm x de hrpn jek...

    ReplyDelete