Find us on Facebook

10 Tempat menarik di Pulau Pangkor | Jom ikut cara kami cover satu pulau

Assalamualaikum. Pejam celik dah masuk bulan November geng. Dah tiba masa untuk tutup story staycation di Pulau Pangkor nie. Kalau nak up satu per satu memang panjang lagi la jawabnya. Lama kita biarkan blog bersawang, almaklumlah balik raya Deepavali seminggu. Okay untuk ringkasan staycation kami 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor, korang ikut je style kami mesti balik puas hati. 


10 Tempat menarik di Pulau Pangkor | Jom ikut cara kami cover satu pulau | Nak buat apa-apa pun planning tu penting. Tambahan pula kalau kita dengan family. Jangan redah je. Sebab sekarang tak macam dulu, nak pergi mana-mana tak nak booking hotel dulu. Jangan.. sekarang nie, kalau kita nak bercuti lagi 2 bulan pun silap hari bulan dah full booking hotel tu. 

Sama juga dengan kereta sewa, kalau dengan anak kecil eloklah ambil kereta sewa, lebih selamat. Lain la kalau korang datang secara backpacker atau anak-anak dah besar panjang. Tapi kami pilih ambil kereta lebih selamat. 



Lepas dah ada kenderaan, tak kisahlah korang ambil van pink ke, motor ke, boleh la terus gerak pusing pulau. Kat bawah nie senarai tempat menarik yang kami singgah, tempat makan best Pulau Pangkor, tempat shopping best Pulau Pangkor dan tempat wajib lawati di Pangkor. Ini cara kami.


 1. Pantai Teluk Ketapang

Pantai nie memang cun tapi masalahnya tak dibuka kepada umum. Kami pun tak tahu kenapa sebab nampak macam dalam proses baik pulih. Lagipun kalau ikutkan pantai nie berada betul-betul selekoh turun bukit. Agak tak selamat untuk parking kereta.

Tapi korang try jelah sebab pantai dia memang cantik. Korang akan terpegun dengan warna biru lautnya. Sebab itu kami ambil keputusan untuk turun bergambar. Bukan lah kawasan haram pun, bak kata orang putih park and enter at your own risk.








Nun kat sana boleh nampak ada jeti. Situ ada laluan masuk tapi kami terlepas. Nampak ramai yang datang memancing. Jeti tu juga jadi post mencandat sotong. Pantai Teluk Ketapang antara pantai berpasir yang cantik dan bersih di Pulau Pangkor. Bukan selalu dapat datang, ada peluang kita ambil je dan ini jalan-jalan cara kami.


2. Gerai Makan Jeti Pangkor

Kalau korang datang sini, sebelum nak check in hotel, boleh singgah makan kat kedai dan gerai-gerai makan berdekatan dengan Jeti Pangkor. Korang masuk jelah mana-mana pun, cari yang ada ulam-ulam pun okay. Fiza pun lupa la nak snap gambar kedai yang kami singgah. Lapar sangat, itu pun sempat jugak ambil gambar makanan pinggan sendiri. Ada ayam masak merah, ulam dan sambal belacan pun puas hati. 



3. Makan di Teluk Nipah - Rojak ketam Mami Pangkor

Jalan-jalan dengan makan mana boleh dipisahkan, sebab itu nama pun jalan-jalan cari makan. Bila berat badan naik tanggung la sendiri betul dak. Di area Teluk Nipah banyak gerai-gerai makan tepi laut. Korang cakap je nak makan apa. Makan kat sini best sebab view dia ngadap laut. 

Kalau korang lepak kat satu kedai makan nie nama dia Rojak ketam Mami Pangkor, akan ada burung enggang lepak kat situ. Tapi masa kami datang burung tu tak tau la pergi mana. 






Nak makan ringan-ringan, makan cucuk lidi, laksa, boleh datang sini. Makan ngadap laut biru, siap dengan angin bayu laut. Rasa macam tak nak balik weh. 

Tenang, ribut jiwa
Tiup awan minda
Dan bentangkan senja
Telantanglah tanya
Biar saksikan syurga
Walau masih di dunia

Silakan menyanyi yer.. 


4. Jalan Pantai Pasir Bogak - Nasi Arab Chef Hairudin

Malam korang tak tahu nak makan mana, cari Restoran Nasi Arab Chef Hairudin. Nasi Arab style melayu tapi rasa dia lagi sedap dari Nasi Arab kedai Pak Arab tau. Bila makan ternyata orang yang masak nie betul-betul chef. 




Sampai sekarang masih teringat-ingat akan Nasi Arab dia. Rasa ayam perfect korang. Pastikan korang singgah, kalau tak menyesal datang Pangkor tak rasa Nasi Arab nie. Harga pun paling murah yang kita pernah makan. 


5. Hasnah Conner Pantai Pasir Bogak

Penduduk dan peniaga kedai dan gerai makanan kat pulau memang masak sedap ke? Hari tu Pulau Langkawi, kedai makan yang kami singgah tak pernah mengecewakan kalau nak dibandingkan kedai makan kat area Selangor nie. Sebab tu kalau kat rumah lagi suka masak dari makan kat kedai.



6. Menara tinjau Pulau Pangkor - Port bergambar atas bukit tepi jalan

Nak bergambar berlatar belakangkan laut, masa korang pusing Pulau Pangkor, boleh perhati ada beberapa tempat yang menyediakan kawasan tempat letak kereta, lepas tu ada menara tinjau, situlah port dia. Memang kawasan tumpuan, kena time ramai pengunjung, bersabarlah tunggu turn korang yer. 




Belakang view laut, memang cantik. Pergi waktu tengah hari, laut akan nampak kebiruan dan sangat indah. Tak sangka pula Pulau Pangkor cantik macam nie. 


7. Shopping di Duty Free Pangkor

Datang pulau nie best kalau nak shopping coklat dan minyak wangi yang mahal-mahal sebab duty free. Kalau harga kat luar mahal lagi, sini boleh la tolak cukai sikit kecuali rokok yer. Rokok sekarang kat pulau ke, kat darat ke still bercukai. 



Pergi Langkawi beli perfume dengan minyak wangi, datang Pangkor pun kita beli minyak wangi untuk diri sendiri dan husband. Habis dalam RM 600 untuk perfume dan coklat. Biasalah perfume bukannya murah tapi pakai memang puas hati, tak pening kepala.





Bukan setakat itu je, nak cari set pinggan mangkuk, periuk memasak, semua ada. Macam di Langkawi juga, tapi yang nie kita tak beli, just cuci mata je. Susah nak bawa balik. Walaupun hati meronta-ronta nak beli tapi kita sabar jelah. Periuk Vantage Tokti kat rumah pun still duduk dalam kotak lagi, sayang nak guna.


8. Kilang Satay Eng Seng

Datang Pangkor tak beli satay ikan memang tak sah la kan. Ikan bilis Pangkor memang sedap buat goreng makan dengan nasi lemak. Kilang pemes, Kilang Satay Eng Seng.




Korang singgah la sini, macam-macam hasil laut pangkor ada. Masa nie memang terpikir nak beli bawa balik kat semua orang yang kita kenal. Last-last sampai rumah makan sendiri je... haha... 


9. Masjid 1000 Doa

Destinasi pertama yang kami singgah, Masjid Seribu Doa atau dikenali sebagai Masjid Cina atau Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil. Kenapa masjid cina? 




10. Masjid 1000 Selawat

Masjid Al-Badr Seribu Selawat atau dikenali dengan nama Masjid Seribu Selawat, merupakan masjid terapung pertama di Negeri Perak. 

Yang nie pun korang boleh baca kat sini Masjid 1000 Selawat masjid terapung di Pulau Pangkor, penat kita tulis tau. Gambar pun cantik-cantik kita ambil. 


Selesai sudah Staycation 3H 2M kami di Pulau Pangkor. Siapa kata Pulau Pangkor tak best. Ada yang cakap laut pangkor kotor. Korang datang dulu, baru boleh cerita. Cerita 20 tahun lepas tak sama dengan hari ini. Jadi kalau korang blur nak mula dari mana, ikut je cara kami ronda Pulau Pangkor.

Wassalam. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah, saya tak pernah lagi sampai pulau Pangkor. Tak sangka ada tempat shopping gak. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar Pantai Teluk Ketapang!
    Kita terpikat tengok sambal belacan (?) Hasnah Corner Pantai Pasir Bogak.

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke Pangkor ni, banyak tenpat best rupanya. boleh la jalan² sini nanti

    ReplyDelete