Find us on Facebook

Majlis Selawat, Cukur Jambul dan Bertahnik buat puteriku

Assalamualaikum. Pada 14 Januari 2018 iaitu hari pantang yang ke-23, kami sekeluarga pulang ke kampung untuk melangsungkan majlis cukur jambul dan bertahnik buat baby Huwainaa Khayra. Majlis untuk Huwainaa memang kami buat ringkas tanpa berendoi memandangkan Fiza masih dalam pantang dan tak sempat untuk mengatur majlis bagi mendapatkan pelamin buat Huwainaa.

Princess in Red

Majlis berlansung di rumah mertua yang terletak di Kg. Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan. Para ahli surau dan jiran berdekat rumah telah dijemput untuk menjayakan majlis yang diadakan selepas solat isyak. 

Bermula dengan dengan bertahnik atau bahasa yang selalu didengar belah mulut. Belah mulut bagi bayi perempuan adalah dengan menggunakan cincin emas belah rotan. Bagi bayi lelaki pula boleh gunakan cincin suasa. Bahan yang digunakan untuk Bertahnik adalah seperti Air Zam zam, kurma, kismis, gula batu, gula, garam dan asam keping. Kesemuanya akan diberi rasa dalam mulut bayi.

Air Zam zam disuap ke dalam mulut 

Diberi rasa sedikit sahaja

 Cukur jambul 


Bayi dibawa keliling diringi selawat ke atas nabi. 

Tetamu dan orang kampung yang hadir

Selesai majlis, mertua ada menyediakan sedikit juadah makan malam untuk para tetamu yang hadir. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis berakhir jam 11 malam. 

Gambar terbaharu dengan kehadiran Huwainaa Khayra

Untuk mengimbas kembali kenangan semasa mentahnikkan anak pertama, Muhammad Thaqif Khalaf, boleh baca di sini.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. cantiknya nama dia. alhamdulillah dah settle satu tanggungjawab. Meriah majlis warna merah. singgah sini & follow blog ni :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..berjalan lancar..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    semua berjalan lancar

    ReplyDelete