Find us on Facebook

Ketahui kesan penggunaan Gajet terhadap mata anak dan cara mengatasinya

Assalamualaikum. Mungkin pada satu masa dahulu, telefon bimbit atau smartphone hanya untuk bergaya. Tetapi pada hari ini adalah keperluan untuk berkomunikasi. Gajet @ Gadget dalam bahasa mudah terbahagi pula kepada komputer, laptop, kamera, smartphone, jam tangan, tablet, dan pelbagai lagi. Kalau nak senarai itu secara ringkasnya. Jadi untuk gajet yang paling mudah dan boleh dikatakan semua peringkat umur menggunakan adalah smartphone. 

Anak-anak sekarang semuanya boleh dikatakan ada smartphone sendiri. Fiza pun mengaku, anak Fiza Thaqif dan Huwainaa dua-dua ada smartphone dengan nombor dan internet sendiri. Sebab ianya keperluan tambah pula untuk ibupada bekerja, mudah nak hubungi anak sendiri. 


Ketahui kesan penggunaan gajet terhadap mata anak dan cara mengatasinya | Bukan Fiza tak pernah tahu dan baca mengenai kesan penggunaan gajet berlebihan kepada anak-anak, malah orang dewasa sendiri pun terdedah kepada risiko penggunaan gajet secara berlebihan. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, Fiza juga amat menitik berat kesihatan mata anak-anak supaya tidak rabun seperti mamanya.

Belajar secara zoom online memerlukan fokus terhadap gajet

Oleh sebab itu, Fiza berkesempatan menyertai satu seminar percuma tentang 'Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Penggunaan Gajet' yang disampaikan oleh Dr Mohd Hafidz bin Ithnin, seorang Pembantu Professor di Jabatan Optometri dan Sains Visual Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, merangkap Konsultant Optometri di Optom Eyecare. Seminar secara zoom ini telah berlansung pada 1 Disember 2021 yang lalu dan ianya adalah percuma.


Antara topik-topik penting yang dibicarakan dalam sesi ini adalah seperti gejala keletihan mata bagi kanak-kanak, sesi pembelajaran & merungkai permasalah sebenar untuk pengguna skrin permainan digital. 

Bermain permainan online trend 
anak-anak zaman sekarang


Kesan-kesan Akibat Penggunaan Gajet Tanpa Kawalan

1. Peningkatan power spek mata


Menurut Dr Mohd Hafidz Ithnin, penggunaan mata tanpa kawalan dan fokus secara berterusan boleh menyebabkan proses pemanjangan bola mata berlaku. Kesan peningkatan power spek mata terjadi sehinggalah kesan teruk yang akan menyebabkan urat bola mata terputus dan buta.


2. Otot fokus mata yang tak stabil


Kanta mata kita ibarat kamera DSLR yang mempunyai fungsi untuk fokus. Jika penggunaan gajet berterusan tanpa dikawal, fungsi fokus dalam mata akan terganggu dan menyebabkan ianya tidak stabil.


3. Mata cepat penat dan cepat kering

Bila mata penat dan kering, kita akan potensi untuk gosok mata dan ianya boleh menyebabkan luka dan kerosakkan mata. Mata mempunyai satu proses yang akan mengeluarkan cecair bagi mata lebih sihat tetapi dengan penggunaan gajet tidak terkawal ianya tidak dapat berfungsi dengan baik.


4. Juling pada usia muda


Bila mata kering dan penat malah auto fokus mata tidak stabil, antara kesan lain adalah menyebabkan mata kita juling. Ianya memberi risiko pada kanak-kanak kerana cenderung mendapat juling adalah tinggi.


5. Susah nak tidur (imsomnia)

Penggunaan gajet pada waktu malam juga akan menganggu penghasilan hormon susah nak tidur. Kalau korang perasan, anak-anak bila dah tengok gajet sanggup tahan mengantuk kan. Ini yang akan menggangu sistem dalam badan kita kerana tidak cukup rehat.


Tips Penjagaan Mata Anak 

1. Berehat sebentar dan boleh sambung semula pengunaan gajet 

Ajak anak-anak untuk lihat pemandangan di luar rumah antara 5-10 minit bagi rehatkan mata elakkan mata terlalu fokus pada gajet. Bukan anak-anak sahaja, kita yang dewasa nie pun disarankan untuk berehat sebentar bagi rehatkan otot mata.

2. Melakukan aktiviti luar rumah (outdoor activity) 

Keluar beridah dengan anak-anak. Paling mudah naik basikal, bersukan, pergi ke taman permainan. Waktu cuti adalah paling elok untuk buang gajet jauh-jauh dari anak. 

3. Beri ganjaran pada anak 

Ganjaran yang dimaksudkan bukan bermaksud duit. Boleh jadi barang permainan yang berbentuk fizikal, alat permainan yang lebih interaktif pun dah banyak dijual. Set alat tulis dan warna yang lebih pelbagai akan buat anak-anak lupa akan gajet. Percayalah ianya memang menjadi.

4. Kanta khas untuk penggunaan gajet 

Satu cara adalah dengan mendapatkan kanta khas untuk penggunaan gajet. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat mengani kanta khas ini di Optom Eyecare Bangi. Dengan pengunaan kanta khas ini boleh melindungi mata anak dengan penglihatan jarak yang tajam dan tanpa kompromi.

5. Penggunaan kanta penapis berwarna biru 

Kanta penapis berwarna biru dapat melindungi mata dari terdedah dengan cahaya biru yang boleh merbahayakan mata.


Ketahui tanda-tanda awal rabun

Tanda-tanda awal rabun boleh diketahui awal sekiranya anak kerap menggosok mata dan sering mengerutkan mata. Selain itu juga, mata akan kelihatan berair dan jika tengok anak melihat tv secara dekat, bermakna ia menuju ke arah mata rabun. 

Jadi kita sebagai ibubapa perlulah bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan mata. Lebih elok jika ke Optom Eyecare.


Berita Baik untuk semua!!

Pada 11 Disember 2021 ini, pihak Optom Eyecare membuka satu sesi perjumpaan dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin di Optom Eyecare Bangi.

Kepada yang berminat bolehlah hubungi talian 011-11479093 untuk pengesahan kehadiran dan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai sesi ini. Selain itu, Optom Eyecare Bangi turut memperkenalkan satu perkhidmatan baru khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare yang memfokuskan kepada penjagaan mata untuk kanak-kanak. 



Info lanjut layari :  http://optom.com.my

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Post a Comment

0 Comments