Pepsi X BLACKPINK edisi terhad now in your area

Assalamualaikum. Siapa tak kenal Blackpink kan. Bermula dengan lagu "Boombayah" dan "Whistle", sekarang anak Fiza yang kecil tu pun pandai nyanyi lagi Pretty Savage. Kemunculan wajah dorang di muka Pepsi memang Fiza tunggu-tunggu sangat. Sebab pada mulanya tak silap Fiza botol dan tin pepsi edisi Blackpink nie ada di Thailand.




Pepsi X BLACKPINK edisi terhad now in your area | Kalau dah ada di Thailand, tunggu je sikit masa memang akan ada di Malaysia. Betul bila ada nampak orang mula jual di Shopee, Fiza pun cari dan nak tahu kat mana ada? Pepsi X BLACKPINK edisi terhad boleh didapati di 7 Eleven.

Tapi pencarian tidak mudah seperti yang disangka. Fiza pergi 3 buat 7 Eleven semata-mata untuk lengkapkan koleksi tetapi botol wajah Jennie paling susah nak dapat. Tak tahulah kenapa. Dorang sorok ke atau memang orang beli Jennie je.









Pantang bila husband Fiza keluar, pesan kalau jumpa Jennie tolong beli. Jadinya satu hari tu, husband bawa balik Pepsi wajah Jennie. Tak sangka kita yang dah jenuh cari tak jumpa, Husband dapat. Jadinya lengkaplah koleksi Pepsi X BLACKPINK.


Istimewa sangat ke Pepsi nie sampai beria sangat. Yer memang bermakna.. sebab ia limited edition dan kalau peminat mestilah nak dapatkan. Rasa air pepsi nie pun lain tak, lagi sedap.. haha.. tak percaya korang try beli.

Dapatkan di 7E yer, kat shopee pun kalau tak silap. 

Wassalam. 

Post a comment

3 Comments

  1. Oh rasa dia pun ada lain juga ke from normal pepsi? Good to know.
    7-E rumah saya stock penuh untuk semua member BP. Akhirnya lengkap juga ye? hehe

    ReplyDelete
  2. Hye fizaaizawa... ss jumpa je pepsi ni kat 7e... tapi tak terbuka hati pun nak beli hehehe... botol lawa... 4 jenis ni, ada perasa pepsi yang berbeza ke? atau sama je, cover je lain2?

    ReplyDelete