Restoran Payang Serai Kuala Terengganu menyediakan Masakan Ala Cina dan Thai Halal

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Hari kedua di Kuala Terengganu pun bermula. Destinasi seterusnya kami akan ke Dungun selepas suami habisan kerja di Kuala Terengganu. 


Restaurant Payang Serai Kuala Terengganu menyediakan Masakan Ala Cina dan Thai Halal | Sebelum bertolak ke Dungun, kami singgah makan tengah hari di Restoran Payang Serai yang terletak bersebelahan dengan Felda Residence Kuala Terengganu di Waterfront Kuala Terengganu. 

Restoran yang menyediakan makanan ala cina dan thai yang halal. Tempat wajib singgah kalau ke Kuala Terengganu.

Restoran Payang Serai

Buku menu 

Tom Yam Campur

Sawi goreng

Tauhu kicap

Daging goreng berkicap

Servis agak lambat mungkin waktu kemuncak makan tengah hari. Tapi menu yang disediakan sangat sedap dan banyak. Sesuai untuk 3 hingga 4 orang makan. Fiza dan suami tiada masalah untuk habiskan sebab memang kami kuat makan pun. 

Perut sudah kenyang dan kami pun terus bertolak ke Dungun. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun lebih kurang 1 jam 30 minit. Hotel di Dungun suami tempah melalui panggilan telefon.


Nira Kelapa

Abang Thaqif tertidur dengan keropok keping

Sotong Panggang

Sepanjang perjalanan akan kelihatan gerai-gerai menjual produk hasil laut (kering) seperti keropok keping, ikan kering, sotong kering, ikan bilis dan nira kelapa serta nira nipah. Kami sempat membeli  keropok keping untuk dibawa pulang dan makanan bekalan untuk sepanjang perjalanan ke Dungun.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments

  1. masa dok terengganu dlu..slalu g buka puasa kat payang serai tu..sedap masakan dia..:)

    ReplyDelete