Assalamualaikum. Cuti sekolah dah nak habis. Jadinya macam biasa nak buka sekolah, kebanyakan parents nak kena cari baju sekolah baru untuk anak-anak. Tambahan pula kalau anak tu baru nak mulakan alam persekolahan. Memang banyaklah perbelanjaan untuk mempersiapkan anak ke sekolah. Nak cari uniform sekolah yang berkualiti dan murah, macam biasa kami akan ke Pusat Pakaian Hari-Hari.
Jom shopping kat Hari-Hari
Beli semua kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-hari, rebut peluang masa promosi hebat kembali ke sekolah | Semua kelengkapan sekolah ada di sini. Boleh kata One Stop Center untuk parents cari baju sekolah anak, masuk sini boleh settle satu hari. Parents tak pening kepala, anak pun tak penat nak try baju kat banyak kedai.
Bayangkan Fiza yang baru handle sorang anak yang bersekolah rendah. Nak suruh ukur baju pun cerewet. Bila kat Hari-Hari nie memang senang, saiz banyak, jenis material kain pun pelbagai. Pilih mana sesuai dengan anak.
Cawangan Bandar Baru Sg. Buloh
Di sini ada Baju Sekolah Hari Hari, tudung, inner wears, seluar sukan, songkok, botol air, alat tulis, beg sekolah dan macam-macam lagi. Pendek kata korang nak cari apa pun, semuanya ada. Tak perlu nak keluar masuk kedai dan mall semata-mata nak lengkapkan seragam anak ke sekolah.
Tengok kami shopping kelengkapan Thaqif, penuh satu bakul. Dengan bantuan staf mereka, lagi mudah kerja kami untuk pilih saiz baju dan kasut sekolah Thaqif. Sejam siap beli semua.
Uniform sekolah rendah dan menengah
Sampel pakaian untuk dicuba
Uniform jenama No Problem
Jenama pakaian sekolah terkenal di Hari-hari adalah Jony & Jeny dan No Problem. Kain dia memang cantik. Baju sekolah Thaqif darjah 1 pun masih elok dan nampak baru. Kain cotton still nampak biru walaupun dah setahun pakai. Jadi tahun nie memang setia dengan dua brand nie.
Inner pelbagai saiz
Thaqif dapat uniform sekolah baru lagi
Uniform sekolah rendah
Uniform Sekolah Agama
Lega bila segala persiapan dan kelengkapan sekolah selesai. Mana tak nya, uniform sekolah rendah lagi, sekolah agama lagi. Bayangkan kos seorang anak bila mula bersekolah. Jadi untuk dapatkan banyak pilihan kelengkapan sekolah dengan harga murah dan berpatutan. Ikut macam kami. Pergi je Hari-Hari.
Design kasut yang terkini
Stokin
Alat tulis
Rambang mata pilih beg sekolah
Botol air pun ada
Bekas pensil yang menarik
Harga berpatutan dan berbaloi berbelanja di Hari-Hari
Selesai, alhamdulillah
Lengkap persediaan Thaqif masuk darjah 2
Pusat Pakaian Hari-hari juga boleh dibeli secara atas talian (online). Pelanggan lebih mudah untuk membuat pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak tanpa perlu keluar rumah.
Misal kata pelanggan tersalah beli saiz baju anak, jangan risau kerana pelanggan masih boleh membuat penukaran saiz dalam masa 7 hari. Dengan syarat item tersebut masih mempunyai tanda harga (price tag) dan dilampirkan sekali dengan resit pembelian. Lagi satu, pembeli boleh walk-in je di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-hari yang terdekat.
"Marilah pergi Hari-Hari!"
1 Comments
Minggu depan nak mula sekolah.
ReplyDeleteKedai kelengkapan sekolah memang jadi tumpuanlah